RASMI: TARIKH BAYARAN STR FASA 2 AKAN DIKREDITKAN PADA MINGGU DEPAN – SEMAK STATUS & JUMLAH BAYARAN
Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat sepanjang tahun 2025 kepada golongan yang layak.
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
Baca Juga Disini–> BANTUAN HARI RAYA 2025: JUMLAH DAN TARIKH PEMBAYARAN
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Berikut adalah tarikh byaran, tetapi ini hanya desas-desus mengatakan bahawa bayaran fasa kedua ini dijadualkan secara berperingkat antara 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
Setakat ini, tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) belum lagi diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan.
Jadual Rasmi Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Bank 2025
Fasa Pembayaran | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | Mac 2025 |
Fasa 3 | Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Nota: Tarikh ini tertakluk kepada perubahan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Kaedah Pembayaran STR 2025
- Pengkreditan ke Akaun Bank: Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang berdaftar.
- Penunaian di BSN: Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Jumlah Bayaran STR 2025 Mengikut Kategori
Kadar bayaran STR Fasa 2 belum ditetapkan lagi bagi tahun 2025 seperti yang berikut:
Kategori | Jumlah Bantuan (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) – Tiada anak | 1,000 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) – 1-2 anak | 1,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) – 3-4 anak | 2,000 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,500 ke bawah) – 5 anak ke atas | 2,500 |
Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) – Tiada anak | 500 |
Warga Emas Tiada Pasangan (B40) | 600 |
Bujang (B40) | 600 |
Cara Semakan Kelayakan STR 2025
- Sila rujuk panduan melalui di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan
Tips & Maklumat Tambahan
- Kemas Kini Maklumat: Pastikan maklumat akaun bank anda terkini.
- Proses Rayuan: Jika permohonan anda ditolak, buat rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Berhati-hati dengan Penipuan: Jangan mudah terpedaya dengan scam berkaitan STR.
- Pengurusan Kewangan Bijak: Gunakan bantuan ini dengan berhemah.
Soalan Lazim
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)
- SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?
- JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- SOALAN LAZIM FAQ STR 2025
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
Untuk lebih banyak info bantuan kerajaan dan tips kewangan, layari Cikyaya.my hari ini!