Belanjawan 2025 sekali lagi membawakan berita baik buat anda yang bekerja sendiri, terlibat dalam ekonomi gig atau tiada pendapatan tetap. Skim i-Saraan KWSP diberi nafas baru, dengan insentif lebih menarik dan proses lebih mudah. Kalau anda belum daftar, mungkin tahun ini masanya.
Bagi yang belum tahu, i-Saraan ialah skim caruman sukarela untuk mereka yang tidak mencarum secara automatik melalui gaji. Anda boleh tentukan sendiri berapa nak simpan, bila nak simpan – dan kerajaan akan bantu dengan insentif khas 20% daripada jumlah caruman tahunan anda.
SIAPA YANG LAYAK SERTAI I-SARAAN?
Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:
- Berumur bawah 60 tahun
- Sudah mendaftar sebagai ahli KWSP
- Bekerja sendiri, tiada gaji tetap, atau dalam sektor ekonomi gig
- Termasuk pesara kerajaan yang tak mencarum KWSP secara bulanan
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 3
MOHON JUGA : BANTUAN RM700 SEBULAN AUTOMATIK
MACAM MANA CARUMAN I-SARAAN DIEDARKAN?
Setiap kali anda mencarum, duit akan diagihkan ke tiga akaun utama KWSP:
Jenis Akaun | Peratusan Agihan |
---|---|
Akaun Persaraan | 75% |
Akaun Sejahtera | 15% |
Akaun Fleksibel | 10% |
Bagi yang berumur 55 tahun ke atas, semua caruman akan masuk ke Akaun Emas.
APA MANFAAT I-SARAAN?
Selain simpanan hari tua, anda juga akan nikmati:
- Insentif Khas: 20% daripada jumlah caruman tahunan, hingga RM500 setahun
- Pelepasan cukai: Bergantung pada syarat semasa LHDN
- Dividen KWSP: Diberikan setiap tahun seperti caruman biasa
- Bantuan kematian: Tertakluk pada syarat KWSP
Nota: Insentif khas terhad kepada RM5,000 seumur hidup atau sehingga umur 60 tahun.
ILUSTRASI INSENTIF I-SARAAN
Untuk gambaran mudah, lihat jadual ini:
Nama | Jumlah Caruman (Tahun) | Insentif Diterima |
---|---|---|
Ahmad | RM1,000 | RM200 |
Baba | RM2,500 | RM500 |
Kevin | RM5,000 | RM500 (maksimum) |
BERAPA NAK CARAM?
Tiada paksaan. Anda boleh mula serendah RM1!
- Minimum: RM1
- Maksimum: RM100,000 setahun (gabungan semua caruman sukarela)
CARA DAFTAR I-SARAAN
Mudah saja, pilih mana-mana cara berikut:
- Isi borang KWSP 16G(M) secara fizikal
- Daftar melalui Portal KWSP atau Aplikasi i-Akaun
- Kunjungi mana-mana cawangan atau SST KWSP
Dokumen yang perlu: MyKad & Borang KWSP 16G(M)
CARA BUAT BAYARAN CARUMAN
Anda boleh bayar guna:
- Aplikasi i-Akaun KWSP
- Perbankan Internet: Maybank, CIMB, RHB, BSN dll
- Kaunter Bank / Ejen: BSN, Maybank, RHB
- Pejabat KWSP: Tunai, kad debit, cek
Nota: Untuk amaun besar, elakkan tunai. Gunakan borang KWSP 6A(2).
PEJABAT UTAMA YANG TERIMA CARAMAN
- KWSP Kuala Lumpur
- KWSP Shah Alam
- KWSP Johor Bahru
- KWSP Kota Kinabalu
- KWSP Kuching
KENAPA I-SARAAN BERBALOI?
Sebab utama? Ia fleksibel, berinsentif dan selamat. Anda pilih sendiri bila dan berapa nak simpan – sambil dapat ganjaran dari kerajaan. Untuk yang kerja sendiri dan tiada KWSP bulanan, ini peluang terbaik untuk bina simpanan persaraan yang stabil.
NAK MULA? DAFTAR HARI NI!
Jangan tunggu usia 50 baru nak mula simpan. Daftar sekarang, walaupun sikit. Lama-lama jadi bukit.
Klik sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran
← Kembali ke Laman Utama CikYaya.my
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 3
MOHON JUGA : BANTUAN RM700 SEBULAN AUTOMATIK