SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100-RM200
Seramai 5.4 juta rakyat Malaysia telah disahkan layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui program MyKasih mySARA. Bantuan ini meliputi kategori isi rumah, warga emas serta bujang yang tersenarai dalam rekod eKasih terkini. Bagaimana cara semak kelayakan? Di bawah ini kami kongsikan cara semakan MyKasih mySARA 2025 beserta syarat penerima, kegunaan bantuan dan jadual penggunaan yang perlu anda tahu.
Untuk artikel penuh tentang bantuan lain, boleh rujuk laman utama kami.
KRITERIA PENERIMA MYKASIH MYSARA 2025
Terdapat dua kategori penerima yang layak menerima bantuan ini:
Kategori | Kriteria |
---|---|
Kelayakan Sedia Ada |
|
Kelayakan Baharu |
|
Baca Juga Disini–> BANTUAN JKM 2025: PANDUAN LENGKAP CARA MOHON & SEMAKAN STATUS SECARA ONLINE
SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025
- Layari portal rasmi https://mykasih.com.my/
- Klik butang “Semak Kelayakan” pada halaman utama
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-)
- Tekan butang “Semakan Status”
- Status akan dipaparkan sebagai “Layak” atau “Tidak Wujud Dalam Sistem”
- Jika tidak wujud, teruskan semakan di portal MySTR melalui fungsi “Semakan Permohonan”
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Bagi yang belum menggunakan Bantuan MyKasih SARA, ikuti panduan cara guna seperti berikut :
- Kunjungi kedai / pasaraya terpilih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
KEGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025
Bantuan ini disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk barangan terpilih seperti:
- Barangan Dapur: beras, telur, roti, minyak masak, mi segera, makanan dalam tin
- Produk Kebersihan: sabun, ubat gigi, tuala wanita
- Ubat-ubatan: Panadol, ubat batuk yang diluluskan KKM
- Barangan Persekolahan: pakaian seragam, kasut, alat tulis
HAD PENGGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025
Bulanan
Kategori | Had Penggunaan (Bulanan) |
---|---|
Isi Rumah Sedia Ada | RM100 / RM200 |
Isi Rumah Baharu | RM100 |
Warga Emas Sedia Ada | RM100 / RM150 |
Warga Emas Baharu | RM50 |
Bujang Sedia Ada | RM50 |
Setahun (Jika Tidak Digunakan Bulanan)
Kategori | Had Penggunaan (Setahun) |
---|---|
Isi Rumah Sedia Ada | RM2,100 |
Isi Rumah Baharu | RM900 |
Warga Emas Sedia Ada | RM1,650 |
Warga Emas Baharu | RM450 |
Bujang Sedia Ada | RM600 |
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk sebarang persoalan lanjut, anda boleh hubungi:
- Talian: 03-8882 4565 / 4566
- Emel: [email protected]
- Laman Rasmi: mykasih.com.my/contact-us
Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan rasmi di laman MyKasih FAQ SARA 2025 dan bertujuan untuk menyebarkan info sahih kepada rakyat Malaysia.