Home / Bantuan Kerajaan / BANTUAN RUMAH PPR 2025: RUMAH SEWA SERENDAH RM124 UNTUK GOLONGAN B40

BANTUAN RUMAH PPR 2025: RUMAH SEWA SERENDAH RM124 UNTUK GOLONGAN B40

BANTUAN RUMAH SEWA PPR 2025: RUMAH SEWA SERENDAH RM124 UNTUK GOLONGAN B40

Bantuan Rumah Sewa PPR 2025 kembali menjadi inisiatif utama kerajaan Malaysia dalam usaha menyediakan kediaman selesa dan mampu milik kepada rakyat berpendapatan rendah. Program ini khas untuk golongan B40 yang memerlukan tempat tinggal dengan kadar sewa rendah, sekaligus membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Melalui skim PPR Disewa ini, kadar bayaran bulanan hanya serendah RM124, sekali gus memberi peluang kepada golongan yang layak memiliki kediaman di kawasan bandar dan pinggir bandar. Artikel ini akan terangkan panduan lengkap permohonan, syarat kelayakan serta ciri-ciri perumahan PPR 2025.

Baca Juga: CUTI SEKOLAH JULAI 2025

APA ITU BANTUAN RUMAH SEWA PPR?

Bantuan Rumah Sewa PPR ialah program yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ia diwujudkan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah dengan sewa mampu milik.

KADAR SEWA RUMAH PPR 2025

  • RM124 sebulan untuk unit PPR Disewa
  • Kadar tetap dan kekal rendah sejak ia diperkenalkan

CIRI-CIRI RUMAH PPR

  • Rumah bertingkat (5 hingga 18 tingkat) atau rumah teres (pinggir bandar)
  • Saiz minimum 700 kaki persegi
  • 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur, 2 bilik air

KEMUDAHAN TAMBAHAN YANG DISEDIAKAN

  • Dewan komuniti & surau
  • Kedai makan, tadika & ruang niaga
  • Kemudahan OKU & taman permainan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000
  • Tidak memiliki rumah sendiri
  • Tertakluk kepada syarat tambahan oleh kerajaan negeri

CARA PERMOHONAN BANTUAN RUMAH SEWA PPR 2025

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi TEDUH KPKT:

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

Permohonan Bantuan Rumah Sewa PPR (Klik Sini)

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan seperti:

  • Salinan MyKad
  • Penyata pendapatan / slip gaji
  • Dokumen pengesahan tidak memiliki rumah

NO TELEFON BANTUAN MENGIKUT KAWASAN

Negeri / KawasanNo. Telefon
Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan03-8891 4052
Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak03-8891 4278
Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu03-8891 4028

FAQ: SOALAN LAZIM BANTUAN RUMAH PPR

  • Siapa layak mohon? – Warganegara Malaysia berpendapatan bawah RM3,000 & tidak memiliki rumah.
  • Berapa kadar sewa? – Hanya RM124 sebulan.
  • Bagaimana mohon? – Secara online melalui portal TEDUH.
  • Ada kemudahan apa? – Rumah selesa, surau, taman permainan, kedai makan dan banyak lagi.

RUMUSAN

Bantuan Rumah Sewa PPR 2025 ialah inisiatif penting untuk bantu golongan B40 miliki rumah pada kadar sewa rendah. Dengan hanya RM124 sebulan, anda sudah boleh tinggal di rumah selesa lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pastikan anda semak kelayakan dan mohon segera melalui portal rasmi agar tidak terlepas peluang istimewa ini.

Kembali ke Laman Utama CikYaya.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *