Home / Resepi / PETUA MUDAH HILANGKAN BAU BADAN,SEMBELIT & BERMACAM LAGI DENGAN AIR LIMAU KASTURI MADU

PETUA MUDAH HILANGKAN BAU BADAN,SEMBELIT & BERMACAM LAGI DENGAN AIR LIMAU KASTURI MADU

PETUA MUDAH HILANGKAN BAU BADAN & SEMBELIT DENGAN AIR LIMAU KASTURI MADU

Sesetengah orang mungkin tak selesa dengan masalah bau badan, khususnya bau peluh yang agak kuat dan sukar dihilangkan walaupun selepas mandi. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba petua minum air limau kasturi madu ini.

Selain masalah bau badan, ada juga yang hadapi cabaran untuk mengecilkan saiz perut dan mengalami masalah sembelit, terutama bagi wanita yang sedang dalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Terdapat satu petua mudah dan sangat berkesan yang boleh anda amalkan pada setiap pagi untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan minum air limau kasturi madu. Jom tengok cara membuatnya!

Baca juga: Cara Simpan Barli Rebus Tahan Lama, Boleh Buat Air Barli Untuk Kawal Kolesterol

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

RESIPI AIR LIMAU KASTURI MADU

  • 3 biji limau kasturi
  • 2 sudu besar madu asli
  • 1 cawan air suam panas

Cara-cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan madu ke dalam cawan berisi air suam panas dan kacau sampai larut.
  2. Kemudian, perah limau kasturi ke dalam cawan tersebut.
  3. Selepas itu, kacau sampai sebati.
  4. Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong.

*Nota penting: Jika anda ada masalah gastrik, sebaiknya ambil sedikit sarapan ringan dahulu sebelum minum air ini.

KELEBIHAN AMALAN AIR LIMAU KASTURI MADU

  • Membantu menyahtoksin badan secara dalaman
  • Mengurangkan masalah bau badan
  • Melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan
  • Mengelakkan sembelit, terutama bagi wanita selepas bersalin
  • Membantu mengecilkan saiz perut secara semula jadi

Dengan amalan minum air limau kasturi madu ini setiap pagi, anda bukan sahaja boleh kurangkan masalah bau badan, malah membantu kesihatan dalaman secara menyeluruh.

Semoga bermanfaat!

Kembali ke Laman Utama cikyaya.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *