Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025: Maklumat Lengkap & Tarikh Bayaran

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 : Maklumat Lengkap & Tarikh Bayaran

Bantuan Awal Persekolahan ( BAP ) untuk sesi persekolahan 2025/2026 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan oleh pihak sekolah setelah memuktamadkan kaedah pembayaran melalui borang pengesahan pilihan kaedah terima BAP 2025 yang perlu diisi oleh waris ibu bapa.

Untuk makluman, ada 3 kaedah pembayaran untuk tahun ini iaitu pengkreditan ke akaun murid sendiri , pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid atau secara serahan tunai.

Selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.

Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025?

Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dengan peruntukan sebanyak RM800 juta. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Baca Juga Disini –> Semakan eKasih 2025: Semak Status Lulus atau Tidak (RM50, RM100 & RM200)

Kadar Bantuan

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 bermula pada Sesi Akademik 2025/2026 adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persiapan persekolahan.

Latar Belakang Bantuan Awal Persekolahan

Program BAP diperkenalkan pada tahun 2012 untuk membantu keluarga yang berdepan dengan kos pendidikan yang semakin meningkat. Sejak itu, bantuan ini telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar di seluruh negara. Dengan kenaikan kos barangan sekolah seperti buku, pakaian seragam, dan alat tulis, BAP menjadi kelegaan penting bagi ibu bapa.

Kaedah Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan

Kerajaan telah menetapkan tiga kaedah pembayaran bagi memastikan bantuan ini sampai kepada setiap murid:

  • Pengkreditan ke akaun murid
  • Pengkreditan ke akaun ibu bapa atau penjaga
  • Pembayaran tunai melalui pihak sekolah

Setiap ibu bapa perlu mengisi borang pengesahan kaedah pembayaran yang akan diedarkan oleh pihak sekolah.

Kelebihan Bantuan Awal Persekolahan

Antara kelebihan utama BAP adalah:

  • Mengurangkan beban kewangan ibu bapa terutama dari golongan berpendapatan rendah.
  • Memastikan pelajar mendapat kelengkapan sekolah yang mencukupi.
  • Memudahkan perancangan kewangan ibu bapa dalam menghadapi sesi persekolahan baru.

Kelayakan Penerima BAP 2025

Semua murid yang bersekolah di institusi berikut layak menerima bantuan ini:

Jenis SekolahKelayakan
Sekolah Kerajaan (SK)Layak
Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)Layak
Sekolah AgamaLayak
Sekolah Swasta BerdaftarLayak
Sekolah Bimbingan Jalinan KasihLayak
Sekolah Henry GurneyLayak

Tarikh Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2025

Bantuan akan disalurkan dalam tiga fasa utama:

  • 13 Januari 2025 – Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4
  • 16 Februari 2025 – Murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi 2025/2026
  • 1 Julai 2025 – Murid Tingkatan 6 baharu

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah saya perlu memohon BAP?
Tidak, semua murid layak secara automatik.

2. Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun bank?
Pembayaran boleh diterima secara tunai melalui pihak sekolah.

3. Bolehkah bantuan ini digunakan untuk yuran sekolah?
Bantuan ini lebih sesuai digunakan untuk membeli kelengkapan sekolah seperti buku, alat tulis, dan pakaian seragam.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2025, ibu bapa boleh:

Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan sekolah anak-anak dengan lebih mudah.

 

Leave a Comment