Bantuan MyKasih 2025: Cara Check Status Kelayakan Online (RM600 & RM900 & RM2100)
Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif MyKasih telah mula dilaksanakan secara berperingkat sejak Januari 2025. Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam mendapatkan keperluan asas seperti makanan, barangan dapur, dan keperluan harian yang lain.
Apa Itu MyKasih?
MyKasih adalah program bantuan yang dikendalikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu isi rumah yang berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas melalui kaedah pembayaran tanpa tunai. Bantuan ini diberikan berdasarkan kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh pihak berwajib.
Kriteria Penerima MyKasih 2025
Terdapat dua kategori penerima Bantuan SARA MyKasih:
- Penerima SARA MyKasih Miskin & Miskin Tegar:
– Warganegara Malaysia.
– Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
– Tersenarai dalam eKasih sehingga 31 Oktober 2024. - Penerima SARA MyKasih Asas Bukan Miskin:
– Warganegara Malaysia.
– Penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Cara Semakan MyKasih 2025 Online
Semakan status boleh dilakukan melalui:
- Portal Rasmi MyKasih
- Aplikasi MyKasih di Google Play atau App Store
Langkah Semakan Melalui Portal:
- Layari Portal Rasmi MyKasih.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang).
- Klik [Semakan Status] dan lihat keputusan.
Langkah Semakan Melalui Aplikasi:
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau App Store.
- Buka aplikasi dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon.
- Tandakan persetujuan terma dan klik [Next].
- Semak status kelayakan yang dipaparkan.
Kadar Bantuan MyKasih 2025
Berikut merupakan butiran penyaluran SARA pada tahun 2025:
Kategori | Bantuan Setahun |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM2,100 |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM900 |
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM1,650 |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM450 |
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM600 |
Bagaimana Bantuan MyKasih Dikreditkan?
Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima secara tanpa tunai (cashless). Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan asas seperti makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan keperluan sekolah.
Tarikh Kredit Bantuan
- Penerima Miskin & Miskin Tegar: 15 Januari – 1 Disember 2025 (Setiap bulan)
- Penerima Asas Bukan Miskin: 1 April – 1 Disember 2025 (Setiap bulan)
Tips & Info Tambahan
- Pastikan maklumat dalam STR 2025 dikemas kini untuk kelayakan MyKasih.
- Gunakan bantuan ini secara bijak dengan membeli barangan keperluan yang betul.
- Jika permohonan ditolak, semak semula di cikyaya.my untuk info tambahan.
- Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak dikenali bagi mengelakkan penipuan.
- Pastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul bagi menerima sebarang notifikasi berkaitan bantuan.
- Pemohon boleh menghubungi pihak berkuasa jika menghadapi sebarang masalah semasa proses pendaftaran atau semakan.
- Jangan tertipu dengan laman web palsu yang meminta maklumat peribadi untuk tujuan penipuan.
- Gunakan bantuan ini sebaiknya untuk memperbaiki keadaan ekonomi isi rumah dan mengurangkan beban perbelanjaan harian.
Hubungi MyKasih
Di bawah program SARA, pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024. Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.
Jika ada pertanyaan lanjut mengenai perkara diatas, sila hubungi:
- Talian: 03 8882 4565 / 4566
- Email: [email protected]
- Web: Hubungi MyKasih
Artikel ini disediakan untuk berkongsi informasi rasmi mengenai Bantuan MyKasih 2025.