KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
PENERIMA SARA MYKASIH MISKIN & MISKIN TEGAR:
- Warganegara Malaysia.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
ANDA PENERIMA STR ? BACA –> TARIKH BAYARAN STR FASA 2
PENJAWAT AWAM AKAN TERIMA –> BONUS RAYA SEBANYAK RM1500
PENERIMA SARA MYKASIH ASAS BUKAN MISKIN:
- Warganegara Malaysia.
- Penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025 ONLINE
PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari Portal Rasmi MyKasih.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan (tanpa sengkang).
- Klik [Semakan Status] dan lihat keputusan.
APLIKASI MYKASIH
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play atau App Store.
- Buka aplikasi dan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon.
- Tandakan persetujuan terma dan klik [Next].
- Semak status kelayakan yang dipaparkan.
KADAR BANTUAN MYKASIH 2025
Kategori | Bantuan Setahun |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM2,100 |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM900 |
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM1,650 |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM450 |
Bujang Miskin & Miskin Tegar | RM600 |
BAGAIMANA BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN?
Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima secara tanpa tunai (cashless). Ia boleh digunakan untuk pembelian barangan asas seperti makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan keperluan sekolah.
TARIKH KREDIT BANTUAN
- Penerima Miskin & Miskin Tegar: 15 Januari – 1 Disember 2025 (Setiap bulan).
- Penerima Asas Bukan Miskin: 1 April – 1 Disember 2025 (Setiap bulan).
TIP & INFO TAMBAHAN
- Pastikan maklumat dalam STR 2025 dikemas kini untuk kelayakan MyKasih.
- Gunakan bantuan ini secara bijak dengan membeli barangan keperluan yang betul.
- Jika permohonan ditolak, semak semula di portal rasmi MyKasih untuk info lanjut.
- Jangan berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali bagi mengelakkan penipuan.
- Pastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul bagi menerima notifikasi berkaitan bantuan.
- Sentiasa kemaskini maklumat peribadi di sistem rasmi untuk elak kesilapan semasa pembayaran.
- Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai runcit yang berdaftar.
HUBUNGI MYKASIH
Pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di lebih 1,200 kedai runcit berdaftar di seluruh negara.
Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Talian: 03-8882 4565 / 4566
- Email: [email protected]
- Laman Web: Hubungi MyKasih