TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BERMULA HARI INI

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM900 FASA 2 2025 . Melalui Belanjawan 2025 Negeri Sabah, Kerajaan Sabah telah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat sebagai inisiatif pembasmian kemiskinan dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta. Program ini bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar eKasih melalui pemberian tunai secara berfasa.

Baca Juga : Bonus Aidilfitri Tambahan

Baca Juga : Bayaran Str Fasa 2 Mengikut Bank

Tujuan Pelaksanaan Program Bantuan Sabah

Objektif utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

  • Bantuan Kewangan untuk Keperluan Asas: Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
  • Bantuan untuk Kehidupan Selesa: Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa.
  • Pengurangan Kemiskinan Tegar: Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sabah

Syarat dan kategori kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Jumlah Bantuan Sabah 2025 Dibayar

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

Fasa PembayaranJumlah Bantuan
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4)RM900

 

Kadar bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun begitu, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa (meliputi jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak).

Semak Status Penerima Bantuan Sabah 2025

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Online Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
  3. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
  4. Tekan butang (Semak).
  5. Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah: https://syukur.sabah.gov.my/
  6. Masukkan 12 digit (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan untuk semakan.
  7. Kemudian, klik (Semak).
  8. Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.
  9. Sekiranya anda LAYAK, anda akan menerima bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.

Jadual Bantuan Sabah 2025 Dibayar

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FasaTarikh Pembayaran
Fasa 119 Februari 2025 (Rabu)
Fasa 2April 2025
Fasa 3Ogos 2025
Fasa 4Oktober 2025

Kaedah Bantuan Sabah 2025 Dibayar

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

Kategori PenerimaKaedah Penyaluran Bantuan
Mempunyai Bank AkaunPengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’Bantuan akan diberikan secara tunai
Mempunyai akaun e-Wallet YONO SuperappBayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima

Rujukan

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat, dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas ditulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di: https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Baca Juga : Bonus Aidilfitri Tambahan

Baca Juga : Bayaran Str Fasa 2 Mengikut Bank

Kembali ke laman utama

 

Leave a Comment