BANTUAN SARA MYKASIH 2025: SEMAK STATUS BANTUAN RM900 – RM2100 MELALUI MYKAD UNTUK B40 & M40
Dapatkan bantuan kewangan sehingga RM2,100 hanya menggunakan MyKad anda! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 disasarkan kepada golongan B40 dan M40 sebagai inisiatif kerajaan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi.
Baca juga: Senarai Bantuan 2025 Untuk Rakyat Malaysia
STATUS SARA MYKASIH 2025
Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui sistem MyKasih dan dikredit terus ke dalam MyKad penerima. Ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppKATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN
Kategori Penerima | Kelayakan eKasih | Jumlah Tahunan | Kadar Bulanan Jan–Mac | Kadar Bulanan Apr–Dis |
---|---|---|---|---|
Isi Rumah | Ya | RM2,100 | RM100 | RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | Ya | RM1,650 | RM100 | RM150 |
Bujang | Ya | RM600 | RM50 | RM50 |
Isi Rumah | Tidak | RM900 | RM100 | RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan | Tidak | RM450 | RM50 | RM50 |
SYARAT KELAYAKAN SARA 2025
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Penerima STR 2025
- Tersenarai dalam sistem eKasih (untuk kadar lebih tinggi)
CARA PENGGUNAAN BANTUAN DI KEDAI BERDAFTAR
- Kunjungi kedai atau pasar raya rakan niaga MyKasih
- Pilih barangan keperluan asas yang disenaraikan
- Serahkan MyKad anda di kaunter
- Juruwang akan imbas dan proses transaksi
- Pastikan anda menerima resit sebagai bukti pembelian
Barangan Yang Boleh Dibeli:
- Beras, minyak masak, gula, tepung
- Telur, susu, makanan dalam tin
- Sabun, ubat gigi, pencuci pakaian
- Peralatan sekolah & alat tulis
CARA SEMAK STATUS SARA 2025
Melalui Portal MyKasih:
- Layari www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status”
- Masukkan nombor MyKad & kod captcha
- Tekan butang “Semak Status”
Melalui Portal STR:
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan nombor MyKad & kata kunci keselamatan
- Klik “Semakan Status”
SENARAI KEDAI RAKAN NIAGA MYKASIH
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus’s (Tesco)
Senarai penuh: Klik di sini
APLIKASI MYKASIH
Muat turun aplikasi MyKasih untuk semak baki & transaksi:
- Google Play Store
- Apple App Store
HUBUNGI & MAKLUMAT LANJUT
- 📞 Talian Bantuan MyKasih: 03-7720 1800
- 📧 Emel: [email protected]
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Perlu mohon untuk dapatkan bantuan?
Tidak. Jika anda penerima STR yang layak, anda akan disenaraikan secara automatik.
2. Tidak terima SMS pemberitahuan?
Sila hubungi MyKasih untuk pengesahan status.
3. Boleh beli barang lain selain barangan asas?
Tidak. Hanya barangan asas tertentu dibenarkan.
4. Adakah bantuan ini diberikan sepanjang tahun?
Ya. Bantuan diagih bulanan berdasarkan kategori kelayakan.
SARA MyKasih 2025 merupakan peluang besar untuk golongan B40 dan M40 mendapatkan bantuan secara langsung tanpa tunai. Pastikan anda semak kelayakan sekarang dan gunakan sepenuhnya bantuan ini untuk keperluan asas harian. Untuk maklumat lain, layari laman utama CikYaya.my.