BANTUAN TUNAI AIDILADHA 2025: RM400 DIKREDITKAN TERUS KE AKAUN MULAI 29 MEI! – SEMAK SEKARANG
Menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha 2025, golongan asnaf di negeri Melaka bakal menerima bantuan kewangan khas daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Bantuan ini disalurkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada mereka yang memerlukan dalam membuat persiapan perayaan.
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan lebih 11,000 penerima dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.42 juta yang dibayar secara terus ke akaun bank masing-masing mulai 29 Mei 2025.
Baca Juga: BANTUAN TUNAI JKM DIKREDITKAN SETIAP BULAN
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppMAKLUMAT BANTUAN TUNAI AIDILADHA MAIM 2025
Bantuan ini diberikan khas kepada golongan fakir, miskin dan mualaf yang tersenarai dalam pangkalan data MAIM sebagai penerima sah bantuan zakat Aidiladha.
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan |
---|---|
Asnaf Fakir | RM400 |
Asnaf Miskin & Mualaf | RM300 |
Pembayaran dibuat secara berperingkat bermula 29 Mei 2025, sebelum sambutan Aidiladha yang dijangka berlangsung awal Jun.
CARA SEMAK NAMA PENERIMA
Untuk mengetahui sama ada anda tersenarai sebagai penerima bantuan ini:
- Layari laman rasmi maim.gov.my
- Cari pautan “Senarai Penerima Bantuan Aidiladha 2025”
- Masukkan nombor MyKad dan kawasan agihan
- Jika tersenarai, anda akan lihat butiran bantuan dan tarikh pembayaran
BANTUAN LAIN DIBAWAH MAIM UNTUK ASNAF
Bantuan Makanan Bulanan (MyAsnaf)
- Asnaf Fakir: RM300
- Asnaf Miskin: RM250
- Kaedah: Tebus barang asas di kedai panel menggunakan MyKad
Bantuan Sakit Kronik
- Kadar: RM150 sebulan
- Kelayakan: Fakir/miskin/mualaf dengan pengesahan doktor bertauliah
Bantuan Saraan Anak Sekolah
- Diberi kepada pelajar sekolah, madrasah, pusat tahfiz & IPT
- Perlu dokumen pengesahan dari institusi pendidikan
Bantuan Baik Pulih & Bina Rumah
- Baik Pulih: Sehingga RM20,000
- Bina Rumah: Berdasarkan kelulusan dan keperluan
Bantuan Sukarelawan Am (Pembersihan)
- Bayaran maksimum RM520 sebulan (104 jam)
- Permohonan melalui Pengerusi Masjid/Surau/Sekolah Agama
INFO PENTING UNTUK PENERIMA
- Pastikan akaun bank aktif dan nama tersenarai
- Simpan bukti penerimaan bantuan untuk rujukan
- Maklumat lanjut boleh diperoleh di pejabat zakat MAIM atau melalui laman rasmi
FAQ – SOALAN LAZIM
- Bila bayaran RM400 mula dikreditkan?
29 Mei 2025 secara berperingkat ke akaun bank penerima - Bolehkah bukan penduduk Melaka mohon bantuan ini?
Tidak, hanya untuk asnaf berdaftar di Melaka - Perlu mohon atau automatik?
Tiada permohonan. MAIM akan agih berdasarkan data asnaf sedia ada
PENUTUP
Bantuan Tunai Aidiladha RM400 oleh MAIM ini merupakan usaha mulia untuk memastikan golongan asnaf dapat menyambut Hari Raya dengan tenang dan bermaruah. Selain keperluan harian, bantuan lain seperti pendidikan, kediaman dan kesihatan turut disediakan.
Layari cikyaya.my untuk maklumat bantuan lain yang sedang berjalan di seluruh Malaysia.