BSH Bantuan Sara Hidup | Kita semua sedia maklum dimana pemberian BSH atau Bantuan Sara Hidup Rakyat akan diteruskan bagi tahun 2020 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang betul – betul layak sahaja menerima bantuan.
cikyaya.my akan kongsikan kepada anda mengenai maklumat Bantuan Sara Hidup secara lebih lanjut bagi rujukan anda semua.
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
Menurut portal rasmi BSH, pendaftaran bagi permohonan BSH dan kemaskini BSH 2020 akan dibuka bermula 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Segala kemaskini maklumat mengenai BSH akan diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia (MoF). Semasa pembentangan Bajet 2020 telah menyentuh serba sedikit mengenai BSH yang meliputi kategiru, jumlah bantuan yang akan diterima, syarat kelayakan dan proses permohonan.
Kategori Permohonan BSH Tahun 2020
Pada Pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu, YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa Kerajaan PH akan terus memberi bantuan serta menambahbaik BSH dengan memberikan bantuan bergantung kepada saiz isi rumah dari golongan berpendapatan rendah B40. Bantuan BSH 2020 telah diperuntukan sebanyak RM1 Billion yang akan memanfaatkan seramai 3.8 juta isi rumah.
Pada tahun 2020, mereka yang layak menerima BSH adalah seperti kategori berikut :-
1. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah : Jumlah BSH RM1,000 + RM120/ anak
2. IsiRumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 : Jumlah BSH RM750 + RM120/ anak
3. Isi Rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 : Jumlah BSH RM500 + RM120/ anak
4. Individu Bujang berusia sekurang-kurangnya 40 tahun dan berpendapatan bulanan kurang RM2,000 : Jumlah BSH RM300
5. Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun atau lebih berpendapatan bulanan kurang RM2,000 : Jumlah BSH RM300
NOTA : Jumlah kadar tambahan BSH sebanyak RM120 hanya terhad kepada empat orang anak yang berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
Permohonan BSH 2020 Dan Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup Online
Dibawah ini merupakan maklumat penting mengenai Permohonan BSH 2020 bagi pemohon baharu dan juga langkah – langkah untuk mengemaskini BSH bagi panduan anda semua. Anda juga digalakkan untuk melayari laman web rasmi BSH bagi mendapatkan maklumat serta informasi yang terbaharu.
SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN / KEMASKINI BSH 2020?
- Pemohon TIDAK perlu melakukan permohonan baru atau mengemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 jika:
- Permohonan BSH 2019 telah lulus dan tiada perubahan maklumat; dan
- Pemohon adalah OKU dan tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Namun pemohon PERLU membuat permohonan baru atau mengemaskini BSH 2020 sekiranya:
- Pemohon yang belum melakukan pendaftaran Permohonan BSH (Kategori Baharu);
- Permohonan BSH bagi tahun 2019 tidak lulus serta menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
- Permohonan OKU yang menepati syarat kelayakan BSH 2020 namun tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM
TEMPOH PENDAFTARAN BANTUAN SARA HIDUP 2020
- Tarikh Buka : 1 Februari 2020
- Tarikh Tutup : 15 Mac 2020
INFO LAIN BERKAITAN BSH 2020
- Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki bagi pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah yang akan disalurkan bagi fasa kedua dan juga fasa ketiga. Manakala bagi kategori OKU dan bujang akan diberikan secara sekaligus semasa fasa kedua. Proses permohonan dan pengemaskinian ini memberi ruang kepada segelintir yang tidak lulus dan belum memperoleh BSH untuk membuat permohonan melalui proses verifikasi semula
- Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang memiliki akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula, pembayaran akan dilakukan mulai 1 Februari 2020 secara tunai.
Kemaskini BSH Online/ Manual Di Cawangan LHDN
Jika mengikut pada proses permohonan serta kemaskini pada tahun 2019, terdapat dua kaedah bagi membuat permohonan BSH baharu dan juga bagi kemaskini BSH samada secara manual atau atas talian (online)
1. Secara Manual
- Untuk permohonan secara manual, anda boleh dapatkan borang secara percuma di mana mana cawangan LHDN, Pusat Transformasi Bandar LHDN serta Pusat Khidmat Hasil LHDN.
- Selain itu, pemohon juga boleh mendapatkan borang permohonan BSH dengan muat turun di
2. Secara Atas Talian(Online)
- Bagi pemohonan secara atas talian (online), pemohon boleh melayari laman web https://bsh.hasil.gov.my/.
- Selain itu, pemohon juga boleh menggunakan Aplikasi Semakan BSH dengan memuat turun di Play Store / App Store.
Kategori yang layak untuk memohon BSH 2020 :
i. Kahwin; atau
ii. Ibu Bapa Tunggal / Janda / Duda / Balu yang mempunyai anak; atau
iii. Warga emas sebatang kara
A. PROSEDUR PERMOHONAN BSH ONLINE
1. Klik [PERMOHONAN BARU BSH]
2. Maklumat Pemohon :
Lengkapkan Maklumat Pemohon:-
(a) Isi Nombor Kad Pengenalan Pemohon serta klik [SEMAK]
(b) Isikan Alamat Surat-Menyurat Pemohon
(c) Isikan Nombor Poskod Pemohon
(d) Isikan Nombor Telefon Rumah Pemohon
(e) Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
(f) Pilih Status Perkahwinan Pemohon:-
– Kahwin
– Ibu Bapa Tunggal/ Janda/ Duda /Balu Dan Mempunyai Anak
– Warga Emas yang berumur 60 tahun dan ke atas dan sebatang kara
(g) Pilih Anggaran Pendapatan Kasar Bulanan (RM):-
– 0 – 1,000
– 1,001 – 2,000
– 2,001 – 3,000
– 3,001 – 4,000
3. Status Kahwin
Bagi pemohon yang berstatus “Berkahwin”, pemohon perlu isi Maklumat Pasangan seperti :-
(a) Pilih Jenis Pengenalan Pasangan:-
– No.MyKad / MyPR / MyKAS.
– No. KP Lama / Sijil Lahir.
– No. Pasport.
(b) Isikan samada Nombor Mykad / MyPR MyKAS / Nombor Kad Pengenalan – Lama / Sijil Lahir / Nombor Pasport
(c) Pilih Jantina Pasangan.
(d) Pilih Pendapatan Kasar Bulanan Pasangan (RM):-
– 0 – 1,000
– 1,001 – 2,000
– 2,001 – 3,000
– 3,001 – 4,000
(e) Masukkan Tarikh Perkahwinan Pemohon Dan Pasangan
4. Status Ibu Bapa Tunggal/ Janda/ Duda/ Balu serta Mempunyai Anak
- Bagi status Ibu Bapa Tunggal/ Janda/ Duda/ Balu serta Mempunyai Anak, pemohon perlu memilih status pasangan samada bercerai atau kematian pasangan kemudian mengisi tarikh kematian atau penceraian pasangan
5. Maklumat Anak
Lengkapkan ‘Maklumat Anak’ seperti:-
– Isi nombor MyKad/ MyKid anak,
– Isi nama anak & umur anak *terhad kepada 4 orang sahaja
– Pilih status anak samada Anak Kandung atau Anak Angkat
6. Maklumat Bank
– Lengkapkan ‘Maklumat Bank’ seperti:-
– Pilih jenis akaun bank yang masih aktif
– Masukkan nombor akaun bank
*Jika tiada maklumat akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dilaksanakan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka
akaun kepada yang terlibat tertakluk kepada terma dan syarat
7. Dokumen Sokongan
- Pemohon perlu memilih‘Dokumen Sokongan’ yang ingin dimuat naik seperti sijil kahwin / sijil lahir anak dan sijil cerai, kemudian klik [MUAT NAIK]
Nota: Muat naik dokumen kini bukan lagi syarat wajib permohonan seperti salinan pengenalan diri berikutan permohonan akan diproses menggunakan maklumat yang dikemukakan pemohon di dalam borang dan akan diverifikasi dengan data agensi seperti JPN
8. Maklumat Waris
Lengkapkan ‘Maklumat Waris’ seperti:-
(a) Pilih Jenis Pengenalan Waris:-
– No. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid
– No. Kad Pengenalan Lama
– Sijil Lahir
– No. Pasport
(b) Isi Nombor MyKad / MyKid / Sijil Lahir / Pasport.
(c) Isikan Nama Penuh Waris.
(d) Pilih Hubungan Pemohon Dengan Waris:-
– Pasangan
– Ibu / Bapa
– Anak
– Adik-Beradik
– Cucu
(e) Isikan Nombor Telefon Waris
9. Pengesahan
- Isikan ‘Kod Captha’ yang dipaparkan kemudian klik [SAHKAN CAPTCHA]
10. Pengesahan Pengenalan
- Paparan akan memaparkan Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan pemohon dan pemohon perlu membuat Pengakuan dengan hanya perlu ’Tick’ sebelum proses penghantaran dibuat. ‘Tick’ pada kotak yang disediakan untuk paparan seterusnya
11. Simpan Dan Hantar
Paparan Simpan / Hantar akan dipaparkan, pemohon boleh memilih untuk menyimpan atau hantar maklumat pemohon
- SIMPAN : Jika pemohon klik [SIMPAN], data pemohon akan disimpan dalam MyBSH dan pemohon boleh mengemaskini sebelum menghantar.
- HANTAR : Jika pemohon klik [HANTAR] maka permohonan anda telah dihantar
B. KEMASKINI BSH SECARA ONLINE
Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak
- Pilih menu MyBSH
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang Semak
- Mohon No. TAC
- Masukkan No. Tac dan tekan butang Hantar
Maklumat penting yang perlu dikemaskini
- Status perkahwinan
- Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
- Nombor telefon bimbit dan rumah
- Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
- Maklumat pasangan dan tanggungan
- Waris
Nota: Bagi pemohon BSH warga emas yang berumur 60 dan keatas, anda tidak perlu mengemaskini maklumat kecuali terdapat perubahan maklumat. Hal ini demikian kerana, LHDNM telah menyelaraskan menggunakan data BSH 2018.
Nota Permohonan BSH
Pemohon boleh menghantar Borang BSH 2020 melalui kaedah di kaunter berikut :-
i. Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:-
Peti Surat BSH
GPO Shah Alam
40800 Selangor
**Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima
Proses Verifikasi Permohonan BSH 2020
Dibawah ini adalah senarai nama agensi yang terlibat mengikut aspek dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-
- Pengenalan Diri:
1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - Pendapatan
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
3. Bendahari Negeri–negeri di Malaysia
4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
6. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
7. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - Status Perkahwinan
1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - Pendaftaran Perniagaan, Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad dan Pemerbadanan Syarikat
1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Pemilikan Kenderaan
1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - Bekerja / Tinggal di luar negara
1. Kementerian Luar Negeri (KLN)
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) - Anak Yang Masih Belajar
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
*NOTA: Sekiranya pemohon mengemukakan MAKLUMAT PALSU, anda boleh disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH
Maklumat lanjut permohonan BSH dan panduan sila klik
- Panduan Pengguna Permohonan BARU
- Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman
MyBSH - Panduan Permohonan No. TAC bagi Login MyBSH
- Nota Penjelasan Permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat
- FAQ Permohonan Baharu BSH
Kemukakan Salinan Dokumen Permohonan Bantuan Sara Hidup
Pemohon
- Salinan Sijil Perkahwinan/Penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /Jabatan Pendaftaran Negara.
- Copy Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
Pasangan
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan samaada MyKad / MyKAS / MyPR
- Salinan Passport /Sijil Lahir / Kad Pengenalan Lama Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak
Anak Kandung
- Salinan Kad Pengenalan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Kelahiran
Anak Angkat
- Salinan MyKad / MyKid
- Salinan Sijil Daftar Anak Angkat oleh JPN
Jadual Pembukaan Kaunter BSH Di Cawangan LHDNM
Waktu operasi bermula adalah seperti berikut :-
A. Hari Bekerja
- Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
- Cawangan Sabah dan Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
B. Cuti Hujung Minggu
- Kaunter BSH tidak dibuka semasa Cuti Hujung Minggu, Cuti Negeri dan Cuti Umum (bagi negeri yang terlibat)
- Maklumat lanjut, sila rujuk Jadual Pembukaan Kaunter BSH
NOTA
- Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
- Bagi cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis sehingga jam 3:30 petang sahaja
- Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada waktu operasi UTC di tempat tersebut.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan BSH, anda boleh menghubungi :-
1. Sekretariat MOF
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM
- 1-800-88-2747 (BSHR)
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline MOF
- 03-8882 4566 | 03-8882 4565
4. Faksmili MOF
- 03-8882 3933
5. Portal Rasmi BSH
{ 0 comments… add one now }