Cik Yaya baru je start bisnes 6 7 bulan lepas. Alhamdulillah perniagaan semakin berkembang dan maju. Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cehh, I pun kenalah start declare & bayar cukai pendapatan, ye dak? Korang masih tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengisi eFilling bagi pengiraan cukai? So dalam artikel ni I nak share kepada korang pasal eFilling dan cara kira cukai.
Jangan lupa baca dan kongsikan artikel yang cikyaya tulis ni kepada kawan – kawan korang juga tau!
eFilling tu apa?
Sistem e-Filing merupakan sistem online (atas talian) yang membolehkan pembayar cukai mengisi serta menghantar borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran. Melalui sistem ini juga, ia dapat memudahkan para pembayar cukai kerana mereka dapat mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai, pelepasan cukai dan rebat cukai. Seterusnya akan mengira jumlah pendapatan cukai dan juga jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Jika sebelum ini, borang taksiran perlu dihantar dan dikira cukai pendapatan secara manual, namun sekarang hanya dihujung jari sahaja. Korang boleh melakukannya bila – bila masa dan dimana – mana sahaja bermula 1 Mac hingga tarikh tutup. Jika korang ke pejabat LHDN sekalipun, pegawai mereka akan menyediakan komputer dan perlu menggunakan eFilling.
Cara Daftar eFiling
Jika ini adalah kali pertama korang isi borang taksiran cukai pendapatan, korang perlu mendaftar terlebih dahulu di eDaftar bagi mendapatkan nombor permohonan dan mencipta Fail Cukai Pendapatan.
Dibawah ini disenaraikan golongan yang perlu mendaftar melalui eDaftar adalah :
- Individu yang memperoleh pendapatan layak dikenakan cukai (gaji minimum selepas potongan KWSP yang dikenakan cukai pendapatan adalah RM 34,000 setahun / RM 2,833.33 sebulan)
- Pekerja baru yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
- Individu yang menjalankan perniagaan sendiri/kecil-kecilan
- Syarikat yang baru memulakan perniagaan
- Individu atau syarikat yang ingin menuntut bayaran balik kredit cukai yang telah dipotong daripada pendapatan dividen
Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk mendaftar :
1. Isi borang permohonan di eDaftar
- Layari laman web eDaftar http://edaftar.hasil.gov.my/
- Pilih pendaftaran individu kemudian klik [Borang Pendaftaran Online]
2. Catat nombor permohonan
- Setelah selesai mengisi borang permohonan serta sahkan maklumat, korang akan memperoleh nombor permohonan.
- Korang perlu mencatat nombor ini kerana korang perlu menggunakan nombor tersebut bagi menyemak status permohonan.
3. Muat naik dokumen yang diperlukan
- Jika korang merupakan pemegang kad pengenalan MyKad, korang tidak perlu muat naik salinan MyKad. Namun jika korang menjalankan perniagaan kecil- kecilan/sendiri korang perlu memuat naik salinan dokumen perniagaan.
- Jika korang bukan warganegara, korang perlu muatnaik salinan passport dan juga dokumen perniagaan (jika menjalankan perniagaan)
4. Semak status permohonan
- Korang boleh menyemak status permohonan selepas beberapa hari korang mendaftar di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php
- Jika permohonan telah disahkan, korang akan diberikan nombor PIN. Gunakan PIN tersebut semasa mengisi efiling pula nanti.
Cara Isi eFiling
Dibawha ini adalah langkah – langkah untuk isi eFiling dengan betul :
1. Login di ez-HASiL
- Layari laman web eFilling atau exHASiL https://ez.hasil.gov.my/CI/
- Jika ini adalah kali pertama korang logmasuk, klik pada [Login Kali Pertama] kemudian isikan PIN yang diberikan pada langkah – langkah diatas bagi mendapatkan sijil digital.
- Setelah mendapat sijil digital korang boleh terus masukkan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
2. Pilih eBorang yang tepat
- Setelah selesai login, skrin akan memaparkan senarai perkhidmatan dalam eFiling.
- Klik pada eBorang dan skrin akan memaparkan senarai borang-borang cukai pendapatan.
-
- e-E: Majikan
- e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
- e-B: Individu warganegara Malaysia yang mempunyai punca pendapatan perniagaan
- e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
- e-P: Perniagaan perkongsian
- e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
- e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
- Jika korang adalah individu warganegara Malaysia dengan punca pendapatan tanpa perniagaan, pilihlah borang e-BE, dan pilih tahun taksiran semasa.
3. Semak maklumat diri
- Pada paparan Maklumat Diri, semak semua maklumat dan pastikan semua betul.
- Jika terdapat lebihan bayaran cukai, ia akan dimasukkan ke akaun bank korang. Oleh itu sila pastikan korang mengisi nama bank dan nombor akaun dengan tepat
- Jika tiada nombor akaun diberikan, bayaran lebihan akan diberikan secara baucar.
4. Isi berkenaan jumlah pendapatan tahunan
- Pada ruangan kedua, sila isi jumlah semua pendapatan yang diperoleh bagi tahun taksiran.
- Korang juga perlu nyatakan jumlah derma atau hadiah yang diluluskan, yang telah diberi kepada organisasi yang diiktiraf LHDN sebagai penolakan cukai.
- Jika majikan korang telah membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) untuk korang, korang boleh menyemaknya disini dan pastikan ianya betul seperti yang dinyatakan dalam Borang EA yang diberikan majikan.
- Jika terdapat pendapatan tahun lepas yang perlu dikenakan cukai namun tidak diisytiharkan, ia boleh diisytiharkan pada ruangan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan.
5. Isi berkenaan pelepasan cukai, pengecualian cukai dan rebat cukai
- Pada ruangan seterusnya, korang boleh mengisi perbelanjaan-perbelanjaan yang dibenarkan untuk pengecualian, pelepasan dan rebat cukai.
- Sila pastikan semua perbelanjaan yang diisytiharkan dilakukan pada tahun taksiran dan resit-resit atau bukti-bukti pembayaran disimpan dengan baik
6. Semak jumlah cukai perlu bayar atau lebihan cukai
- Setelah selesai mengisi semua maklumat, pada bahagian Rumusan, sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, cukai yang telah dibayar (PCB) serta cukai lebihan untuk bayaran balik.
- Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka korang perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut.
- Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada korang.
7. Sahkan borang taksiran
- Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar.
- Korang akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar.
- Jika masih ada apa-apa perubahan, jangan klik butang Tandatangan & Hantar, sebaliknya klik pada butang Kembali untuk lakukan sebarang pembetulan maklumat.
Akhirnya! Selesai sudah tanggungjawab berkenaan cukai pendapatan individu. Jangan elak cukai taw! Banyak kena denda nanti huhu. Kawan I haritu pernah kena denda sampai RM20 ribu taw! Uishh takuttt.
{ 0 comments… add one now }