eMaklum | Semak Penyata Gaji

by Admin Penulis on February 9, 2020

Hai, nak tahu tak? Penyata gaji amatlah penting terutama sekali jkalau korang nak membuat pinjaman bank sama ada bagi pembelian rumah, kereta atau lain – lain. Sebelum korang log masuk ke sistem e-Penyata Gaji dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), sila baca terlebih dahulu mengenai eMaklum yang cikyaya nak kongsikan ni ye.

eMaklum Penyata Gaji

eMaklum Penyata Gaji img 8

eMaklum merupakan satu sistem yang menghantar notifikasi status invois bayaran kepada penerima bayaran iaitu pembekal dan individu termasuklah penjawat awam.

Manakala ePenyata Gaji atau eGaji pula adalah sistem yang membolehkan penjawat awam membuat semakan gaji secara atas talian (online). Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) di laman web anm.gov.my.

Melalui sistem ePenyata Gaji, korang hanya perlu mengakses menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet bagi mendapatkan penyata dan juga slip gaji bulanan kakitangan kerajaan tanpa mengira masa dan tempat. Dengan wujudnya sistem atas talian (online) ini ia akan memudahkan lagi para pengguna dan lebih cepat berbanding dengan kaedah lama iaitu slip gaji cetakan kertas yang diagihkan secara manual pada setiap bulan.

Kebiasaanya slip gaji terbaharu akan boleh disemak sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam.

Jadual Gaji 2020

Sebelum itu, dibawah ini adalah jadual tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2020. Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling untuk memaklumkan pembayaran gaji bulanan mengikut kalendar 2020.

  • 16 Januari – Khamis (Tahun Baru Cina 25 & 26 Januari)
  • 24 Februari – Isnin
  • 25 Mac – Rabu
  • 23 April – Khamis
  • 14 Mei – Khamis (Hari Raya Puasa 24 & 25 Mei)
  • 22 Jun – Isnin
  • 23 Julai – Khamis
  • 25 Ogos – Selasa
  • 24 September – Khamis
  • 26 Oktober – Isnin
  • 25 November – Rabu (Hari Deepavali 14 November)
  • 17 Disember – Khamis (Hari Krismas 25 Disember)

Langkah – Langkah Menyemak Penyata atau Slip Gaji Secara Online

  • Layari laman web JANM http://www.anm.gov.my/
  • Klik pada [Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan] dan seterusnya skrin akan memaparkan halaman untuk daftar masuk.

eMaklum Penyata Gaji img 1

  • Jika korang adalah pengguna kali pertama, korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada [Pertama Kali Mendaftar]

eMaklum Penyata Gaji img 2

  • Setelah selesai membuat pendaftaran, korang boleh terus logmasuk dengan mengisi maklumat yang diminta seperti Nombor Kad Pengenalan, Nombor Passport, Nombor Gaji, Kata Laluan dan juga Soalan Keselamatan.

eMaklum Penyata Gaji img 3

eMaklum Penyata Gaji img 4

Untuk makluman korang, selain penyata gaji bulanan, sistem ini juga turut menyediakan laporan pendapatan tahunan. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses, dicetak atau muat turun pada bila-bila masa, untuk tujuan pinjaman bank, pengiraan cukai pendapatan atau untuk sebarang urusan.

Cara Memuat Turun Penyata Pendapatan

Dibawah ini dikongsikan kepada korang cara – cara untuk memuat turun penyata pendapatan :

  • Setelah selesai logmasuk ke sistem, skrin korang akan memaparkan seperti berikut :
eMaklum Penyata Gaji img 5
  • Klik pada submenu [Sendiri] untuk muat turun slip gaji masing – masing.
  • Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik Penyata Gaji > Sendiri dan seterusnya pilih Tahun dan Bulan dan klik [Cari]
  • Jadual gaji akan dipaparkan jika penyata bagi dan tahun yang diminta telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera dalam jadual bagi memaparkan maklumat gaji dan seterusnya korang boleh memboleh mencetak atau menyimpan penyata tersebut.
  • Bagi memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu [Sendiri] pada menu [Penyata Pendapatan Tahunan] seperti dibawah :
eMaklum Penyata Gaji img 6

Namun begitu, sistem ePenyata Gaji Dan Laporan hanya akan menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan selama 18 bulan, Penyata Tahunan pula selama 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar selama 4 bulan terkini. Selepas daripada tempoh yang disebutkan, maklumat akan dikeluarkan secara auto matik daripada sistem. Kakitangan awam yang ingin menyimpan laporan yang terdahulu, perlulah memuat turun sendiri.

LUPA KATA LALUAN E-PENYATA GAJI

  • Jika korang terlupa kata laluan ePenyata, sila ke laman utama dan klik pada [Lupa Kata Laluan]
  • Setelah mengaksesnya, korang akan dikemukakan pilihan soalan keselamatan yang telah korang masukkan semasa membuat pendaftaran kali pertama
  • Jika soalan serta jawapan adalah tepat, kata laluan ePenyata Gaji akan dinyatakan dan korang dapat mengakses semula ke sistem
  • Namun jika korang terlupa jawapan, klik pada [Daftar Semula] untuk membuat pendaftaran semula. Jika No Gaji dan Kad Pengenalan korang masih sah dalam sistem ePenyata, pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem E-Penyata.

Aplikasi mobile Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

eMaklum Penyata Gaji img 7

Korang boleh memuat turun aplikasi Sistem ePenyata Gaji dan Laporan di telefon pintar korang bagi memudahkan korang untuk menyemak penyata gaji korang. Korang boleh memuat turun aplikasi tersebut dengan carian “ePayslip JANM” atau klik pada pautan dibawah :

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ePenyata Gaji JANM, korang boleh merujuk pautan dibawah :

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang I dapat share kepada awak semua. InsyaAllah bermanfaat & Cik Yaya harap perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Amin!

{ 2 comments… read them below or add one }

Helaine Vivier August 4, 2021 at 1:54 pm

New method of advertising doesn’t charge for clicks! https://bit.ly/never-pay-for-clicks

Reply

Kay Vetter August 13, 2021 at 3:35 pm

Ads that charge for clicks only make the ad companies rich. Here’s a more common sense approach: https://bit.ly/no-more-ppc-costs-ever

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }