Hai, hari ni Cik Yaya nak kongsi padal eOperasi ye. Kepada kakitangan kerajaan yang memegang jawatan sebagai guru atau pentadbir sekolah di Malaysia, terdapat satu sistem yang diberi nama eOperasi. Tahukah korang apa itu eOperasi?
cikyaya.my akan kongsikan kepada korang mengenai eOperasi dan cara untuk logmasuk ke sistem tersebut.
Apa Itu eOperasi?
eOperasi adalah salah satu modul untuk Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah pengurusan Guru. Sistem ini diwujudkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM manakala diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Sumber Manusia (BPSM) dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Dengan wujudnya sistem eOperasi ini, ia akan memudahkan serta melancarkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan sekolah, guru dan juga murid. Terdapat beberapa kategori pengguna iaitu :
Pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah)
- Pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja yang mendapat kebenaran untuk menggunakan modul ini berdasarkan peranan yang telah ditetapkan.
Pengguna (guru dan bukan guru)
- Pengguna yang sudah DIDAFTARKAN oleh Pentadbir Sistem sahaja yang mendapat kebenaran untuk membuat pendaftaran dan
menggunakan modul ini.
Selain eOperasi, terdapat juga dua lagi modul pengurusan KPM iaitu Modul Pengurusan Murid (APDM) dan Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).
Cara Login eOperasiย Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM
Untuk logmasuk ke sistem eOperasi korang perlu klik pada pautan dibawah :
MANUAL PENGGUNAAN eOPERASI GURU
Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk mendaftar dan logmasuk ke modul eOperasi :
1. Laman Utama eOperasi
- Pada laman utama, korang perlu memberi perhatian kepada beberapa maklumat. Antaranya adalah [Bantuan], korang boleh klik pada butang tersebut jika korang ingin mendapatkan pertolongan semasa membuat pendaftaran, lupa kata laluan serta menukar kata laluan.
- Jika korang mengisi ruangan logmasuk tidak tepat, skrin akan memaparkan mesej ralat.
2. Pendaftaran Pengguna eOperasi
- Klik pada [Pendaftaran Pengguna] dan isi butiran seperti Nama, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Gaji dan juga Emel yang tepat. Pengguna perlu mengingati soalan serta jawapan soalan keselamatan kerana ia akan digunakan jika ingin menukar kata laluan.
- Sesudah selesai mengisi maklumat pendaftaran, klik butang Simpan (Butiran pendaftaran akan dihantar ke alamat emel
yang telah diberikan). Seterusnya pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem.
3. Log Masuk eOperasi
- Setelah berjaya melakukan pendaftaran, pengguna perlu logmasuk dengan menggunakan ID , kata laluan dan nombor kad pengenalan.
- Pengguna perlu memastikan butiran yang dimasukkan adalah tepat seperti semasa membuat pendaftaran. Jika maklumat yang dimasukkan salah, notifikasi akan dipaparkan “MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH”
4. Lupa Kata Laluan eOperasi
- Jika korang terlupa kata laluan, korang boleh mendapatkan kata laluan tersebut dengan klik pada [Lupa Kata Laluan]
- Korang hanya perlu isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan dan klik [Hantar]. Korang akan mendapat kata laluan tersebut melalui emel yang korang daftarkan semasa membuat pendaftaran.
5. Tukar Kata Laluan eOperasi
- Jika pengguna ingin menukar kata laluan, klik butang Tukar Kata Laluan.
- Isikan semua ruangan dengan maklumat yang diperlukan. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah
sama seperti membuat pendaftaran pengguna.
6. Log Masuk eOperasi (Pengguna)
- Setelah selesai logmasuk, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri skrin.
- Korang boleh memuat turun Manual Pengguna dengan klik pada Muat Turun Manual Pengguna.
- Sebarang maklumat yang tidak tepat dapat dimaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.
7. Log Masuk eOperasi (Pentadbir Sistem)
- Selepas pentadbir log masuk ke dalam sistem e-Operasi, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri skrin untuk dipilih mengikut peranan.
- Manual Pengguna juga boleh dimuat turun dengan menekan pada Muat Turun Manual Pengguna.
8. Log Keluar
- Untuk log keluar, klik Keluar.
- Pengguna dinasihatkan supaya log keluar daripada sistem bagi mengelakkan salah guna maklumat oleh pihak lain.
Cik Yaya harap, semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan para pengguna untuk menggunakan sistem eOperasi terutamanya kepada para guru di luar sana. Teruskan berkhidmat untuk anak-anak bangsa wahai para guru. Cik Yaya salut!
{ 0 comments… add one now }