ePangkat KPM 2020 | Login & Semakan

by Admin Penulis on February 9, 2020

Pernahkah tak korang dengar pasal ePangkat? Saya rasa ramai lagi yang masih tertanya – tanya apa itu ePangkat? apa fungsi ePangkat? Dan bagaimana cara menggunakan sistem ePangkat ini?

So kat sini, saya nak kongsikan sikit kepada korang melalui artikel ini mengenai ePangkat sebagai rujukan korang semua di masa hadapan.

Apa Itu e-Pangkat KPM?

ePangkat KPM img 1

Untuk makluman korang, sistem e-Pangkat KPM ini telah lama wujud. Namun besar kemungkinan ramai yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai wujudnya sistem ini. Sistem e-Pangkat KPM ini diwujudkan bagi menguruskan segala urusan bagi kenaikan pangkat seseorang guru. Dengan wujudnya sistem ini, ia dapat mengelakkan apa -apa kesilapan serta memudahkan secara urusan.

ePangkat yang wujud sejak 2008 ini berfungsi bagi mengelakkan kelemahan bagi pengurusan pangkat seperti lewat memproses urusan dan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu, dapat menyelesaikan masalah seperti pertindihan urusan yang mampu menjejaskan imej KPM sendiri.

Sebelum wujudnya sistem ini, pelbagai masalah timbul sehingga terdapat guru yang tidak dinaikkan pangkat kerana maklumat yang diisi tidak lengkap, data yang diberikan tidak tepat, data yang sediaada tidak dikemaskini dan banyak lagi. Disebabkan keadaan ini yang tidak terurus maka banyak pihak akan mengalami kerugian. Oleh itu, wujudnya inisentif seperti ini iaitu ePangkat.

Objektif ePangkat KPM

  1. Memudahkan segala proses dan urusan pemangkuan dan juga kenaikan pangkat
  2. Memudahkan segala perancangan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat
  3. Membudayakan sistem kerja yang cekap serta sistematik melalui aplikasi ICT
  4. Memupuk tanggungjawab bagi sentiasa mengemaskini serta melengkapkan data naik pangkat bagi setiap peringkat
  5. Menyediakan sistem maklumat bagi kenaikan pangkat yang teratur serta fleksibal bagi memenuhi kepeluan ahli KPM serta stakeholders

Login ePangkat KPM

  1. Layari laman web https://epangkat.moe.gov.my/login.php untuk login ke laman web ePangkat KPM. Namun jika korang belum mempunyai akaun ePangkat, korang perlu mendaftar terlebih dahulu di pautan ini https://epangkat.moe.gov.my/firsttimelogin.php
  2. Setelah selesai mendaftar, korang boleh terus login dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Hanya pengguna yang telah berfdatar sahaja dibolehkan untuk mengakses ePangkat.
  3. Sila pastikan nama, jawatan dan tempat korang bertugas betul.

Cara Semak ePangkat Online

Setelah selesai membuat permohonan, seterusnya korang boleh membuat semakan secara atas talian (online) setelah keputusan permohonan korang keluar.

  1. Korang terlebih dahulu perlu melayari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/.
  2. Kemudian, korang hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik [SEMAK].
  3. Kemudian, keputusan ePangkat akan terpapar.

ePangkat KPM img 2

Lupa Katalaluan ePangkat

  1. Pada laman web epangkat.moe.gov.my, klik pada [Lupa Kata Laluan]
  2. Bagi pengguna biasa (PPP dan PKP), sila masukkan maklumat yang diminta bagi reset kata laluan anda
  3. Klik pada butang [reset kata laluan] bagi meneruskan proses reset kata laluan anda
  4. Skrin korang akan dipaparkan jika reset kata laluan korang berjaya
  5. Seterusnya, korang boleh terus logmasuk ke sistem ePangkat seperti biasa

Kategori Pengguna ePangkat

Bil. Kategori Pengguna Keterangan
1. Calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah dan Bukan Siswazah) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
2. Ketua Jabatan Pengetua dan Guru Besar di sekolah, Pengarah / Ketua sama ada di JPN / PPD / Bahagian-bahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM
3. Urus setia Kenaikan Pangkat Unit Naik Pangkat di JPN / Bahagianbahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM
4. Urus setia (mengeluarkan iklan, memproses dan memperakukan calon) • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) – Urus setia Guru Cemerlang

• Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – Urus setia Pengetua Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang

• Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) – Urus setia Pegawai Cemerlang

• Cawangan Naik Pangkat, BPSM – Urus setia Hakiki / Time-Based

Jenis Laluan Kenaikan Pangkat

Cikyaya pasti ramai yang sedia maklum mengenai urusan kenaikan pangkat ini adalah berpandukan kepada sistem “time based” dimana ia ditawarkan mengikut prestasi dan kecemerlangan semasa. Sebagai contoh, jika korang berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 :

  • gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
  • gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
  • gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun

Bagi yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :

  • DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
  • DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
  • DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
  • DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN

Maklumat Lanjut Mengenai ePangkat

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ePangkat, korang boleh merujuk maklumat dibawah :

Alamat : Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.

Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816

Email : [email protected]

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang Cik Yaya nak kongsikan. Bermanfaat tak? Dapat ilmu tambahan? Kalau begitu alhamdulillah. Saya harap awak semua boleh SHARE kan artikel ini kepada kawan-kawan korang. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }