HRMIS 2.0 | Login & Panduan

by Admin Penulis on February 9, 2020

Kepada semua kakitangan kerajaan mahupun penjawat awam di kementerian serta jabatan pelbagai sektor, pernahkah tak korang tahu pasal sistem HRMIS ni?

Cik Yaya akan kongsikan kepada korang semua lebih lanjut mengenai HMRIS seperti cara logmasuk dan lain-lain. Stay tuned!

Apa Itu HRMIS?

HMRIS atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia merupakan satu portal yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membantu bagi melancarkan pengurusan yang berkaitan dengan Penjawat Awam supaya menjadi lebih sistematik dan juga berintegriti.

Sekarang, HRMIS telah ditambah baik dengan pengenalan HRMIS 2.0. Pelaksanaan Projek HRMIS di Malaysia melibatkan dua fasa. Fasa pertama bermula sejak 12 April 1999 adalah fasa pembangunan dan pelaksanaan aplikasi HRMIS bagi 10 agensi perintis dan tamat pada 30 September 2004. Setelah itu fasa kedua diteruskan dengan diperluaskan pelaksanaannya kepada seluruh agensi sektor awam. HRMIS 2.0 telah dilancarkan pada 25 Mac 2015 dan kini boleh diakses melalui pautan seperti yang disediakan.

Untuk makluman, sistem HRMIS dapat diakses oleh semua kakitangan penjawat awam kecuali penjawat awam yang berkhidmat di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Hal ini demikian kerana, ATM dan PDRM mempunyai sistem mereka sendiri.

Cara Login HRMIS 2.0 Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

Dibawah ini adalah langkah – langkah untuk logasuk ke sistem HRMIS 2.0 bagi penjawat awam di Malaysia.

Aplikasi HRMIS 2.0 Online

Sistem HRMIS boleh diakses menggunakan dua kaedah iaitu melalui peranti komputer atau laman sesawang rasmi dan juga melalui peranti telefon pintar iaitu myHRMIS Mobile yang boleh dimuat turun seperti di bawah:

Langkah – langkah logmasuk ke Sistem HRMIS 2.0

  • Layari laman web HRMIS 2.0 seperti diatas
  • Klik pada ikon Aplikasi HRMIS 2.0

HRMIS img 1

  • Pada laman login, sila isi ID Pengguna HRMIS
  • Masukkan juga Kata Laluan HRMIS dan klik Hantar

Nota : Dasar Keselamatan ICT telah membuat keputusan supaya kata laluan HRMIS:
a) Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
b) Mengandungi huruf dan nombor
c) Mengandungi aksara khas (cth, @)
d) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Dipohon kerjasama semua pengguna HRMIS untuk kemaskini kata laluan supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas

HRMIS img 2

  • Pengguna akan dibawa ke Laman Utama HRMIS 2.0 seperti di bawah:

HRMIS img 3

  • Daripada pelbagai pilihan yang disediakan, pilih salah satu submodul yang ingin diakses. Antara fungsi yang disediakan HRMIS 2.0 termasuklah:
    • Pengurusan Cuti
    • Pengurusan Gaji
    • Pengurusan Perubatan
    • Pengurusan Persaraan
    • Pengurusan Pertukaran

7. Setelah tiba di laman fungsi tertentu HRMIS 2.0, gunakan navigasi di bahagian kiri untuk beralih ke mana-mana submodul atau fungsi lain.

HRMIS img 4
*Nota: Sila pastikan pengguna menggunakan pelayar atau peranti yang sesuai dengan sistem HRMIS 2.0 seperti ketetapan berikut:

HRMIS img 5

Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah, bolehlah merujuk kepada manual penggunaan HRMIS seperti pautan berikut:

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Logmasuk HRMIS 2.0, sila rujuk maklumat dibawah :

No. Tel : 03-83211400
E-mel : [email protected] (Sistem Pengurusan Meja Bantuan)

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Login HRMIS 2.0 Online Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia ini dapat memberi manfaat buat anda-anda semua khususnya para penjawat awam. Huhu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }