Bagi kakitangan awam yang membuat pinjaman dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), korang semua boleh membuat semakan secara atas talian (online) dan juga SMS ye. Sejak 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula menjadi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Cik Yaya akan kongsikan kepada korang mengenai langkah untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kakitangan kerajaan.

Cara Semak Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Dibawah ini merupakan cara untuk menyemak baki pinjaman perumahan kerajaan secara atas talian (online) dan juga SMS.
1. Semakan Pinjaman LPPSA Secara Online
Melalui kaedah semakan yang pertama iaitu secara atas talian (online). Korang perlu melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB) dan mendaftar terlebih dahulu.
- Pendaftaran boleh dibuat di DAFTAR BARU (REGISTER)
- Sila pilih kkasifikasi perkhidmatan iaitu diantara : Perkhidmatan Awam, Polis, Tentera, Anggota Pentadbiran Kerajaan Tempatan/ Badan Berkanun & LPPSA
- Pilih Gelaran
- Isikan Nama Dalam Kad Pengenalan
- Ikut langkah-langkah berikutnya sehingga selesai pendaftaran
- Panduan pengguna boleh dirujuk di MANUAL LPS
Pengguna yang telah mendaftar akan boleh mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:-
- Semakan status permohonan baru
- Status bayaran kemajuan
- Status baki pinjaman
- Penyata tahunan
- Penghantaran hakmilik
- Bayaran balik pinjaman.
Bagi membuat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara atas talian (online), sila
- Klik Jom Semak LPPSA : SEMAK BAKI
- Sila log in masuk
- Iskan kata laluan
Selain daripada dapat menyemak baki, pengguna yang berdaftar juga boleh membuat semakan lain seperti berikut :-
- Kalkulator Pengiraan Kelayakan
- Penyata Tahunan
- Status Bayaran Balik (Potongan Gaji)
- Status Bayaran Pembiayaan
- Borang Atas Talian
Semakan Baki Pinjaman Perumahan Melalui SMS
Berikut adalah langkah dalam membuat semakan :-
Taip LPPSA <jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan
- Contoh LPPSA BAKI 770311054786
- Kemudian hantar SMS ke 15888
Bagi mendapat maklumat yang lebih jelas, korang boleh merujuk grafik dibawah ini.
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat dan sebarang pertanyaan berkaitan bantuan permohonan, sila hubungi :-
- Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya - Aduan Dan Pertanyaan
http://serv.lppsa.gov.my/eTiket/
Soalan Lazim Peminjam
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan para pengguna. Ianya boleh dijadikan panduan berkaitan pinjaman perumahan korang. Senang je!
Haii awakk tuuu....
TQ ye sudi membaca nukilan Cik Yaya ni.
Jangan lupa klik button share k!
Luv u all ❤️️
{ 0 comments… add one now }