Cik Yaya nak tanya, adakah korang semua salah seorang pemegang buku unit ASNB? Tahu tak yang korang boleh menguruskan akaun korang menggunakan hujung jari sahaja! Saya pasti ramai yang akan suka dengan pembaharuan ini kerana kebanyakkan daripada kita akan sentiasa menggunakan telefon. Oh selain daripada telefon pintar, korang juga boleh mengakses menggunakan komputer.
Tapi bagaimana pula kalau korang belum mempunyai akaun ASB tetapi ingin membuka akaun ASB? Cik Yaya akan kongsikan mengenai ASB termasuklah cara buka akaun ASB dan cara – cara login MyASNB.
Cara buka akaun ASB di kaunter ASNB
Awak semua perlu pergi ke mana – mana cawangan ASNB yang berdekatkan dan dapatkan Borang Pendaftaran (ASNB DF), kemudian isi borang tersebut dan ikuti langkah – langkah dibawah :
- Bawa borang dan juga kad pengenalan serta wang yang korang nak laburkan. Bagi setiap tabung unit amanah, korang boleh mula melabur dengan RM10 sahaja.
- Korang juga perlu potostat borang ASNB DF dan kad pengenalan sebelum korang hantar ke cawangan atau ejen ASNB.
- Setelah segala dokumen ada, korang perlu ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil.
Cara buka akaun ASB di Pejabat Pos dan Maybank
Selain daripada kaunter ASB, korang juga boleh membuka akaun ASB di Pejabat Pos. Langkah – langkah untuk membuka akaun ASB adalah sama seperti membuka akaun ASB di kaunter ASNB sahaja.
Untuk maklumat, pejabat pos Malaysia adalah ejen yang sah kepada ASNB. Selain daripada Pos Malaysia, dibawah ini juga disenaraikan bank – bank yang merupakan ejen yang sah kepada ASNB :
- Maybank
- Maybank Islamic
- CIMB Bank
- CIMB Islamic
- RHB
- RHB Islamic Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic
- Affin Bank
- Bank Muamalat
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Bank Islam
- Affin Islamic
MyASNB
Pada zaman yang serba canggih ini, segala perkara boleh dilakukan secara atas talian (online) termasuklah ASNB. Dengan wujudnya MyASNB ini, ia dapat memudahkan para pemegang unit dan juga dapat menjimatkan masa berbanding perlu beratur di kaunter hanya untuk menyemak baki akaun. Selain itu, dengan aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa mengurus akaun anak – anak dan juga yang penting aplikasi ini percuma dan selamat!
Cara daftar ASB online
Untuk mendaftar ASB online,awak semua perlu mengikuti langkah – langkah mudah seperti dibawah :
- Layari laman portal MyASNB dan klik [Daftar Akaun]
- Baca maklumat yang berkaitan ASNB dan klik [Daftar Di Sini]
- Baca langkah – langkah mudah untuk mendaftar dan setelah selesai membaca, klik [Teruskan]
- Kemudian klik pada kotak dan klik [Setuju]
- Klik pada maklumat asas dan masukkan segala maklumat yang diperlukan dan klik [Seterusnya]
- Seterusnya korang akan diminta membuat pengesahan TAC. Klik [Permintaan TAC] dan 6 digit Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang korang telah daftarkan semasa membuka akaun. Klik [Seterusnya]
- Masukkan maklumat pendaftaran seperti ID Pengguna, emel dan frasa rahsia. Korang juga perlu memilih 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Setelah selesai, klik [Tamat]
- Pendaftaran korang dah berjaya YEAY! Password sementara akan diberikan, sila salin dan simpan katalaluan tersebut.
- Seterusnya, klik [Log Masuk]
- Masukkan ID Pengguna yang dah didaftarkan tadi, klik [Teruskan]
- Frasa rahsia yang korang daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama dan masukkan jawapan. Masukkan juga kata laluan sementara yang diberikan. Klik [Teruskan]
- Korang diminta untuk menukar kata laluan sementara yang diberi kepada kata laluan pilihan korang sendiri untuk tujuan keselamatan. Klik TUKAR KATA LALUAN dan masukkan kata laluan. Pastikan kata laluan tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakaniaitu kombinasi huruf besar, huruf kecil, simbol, nombor 6 hingga12 askara. Setelah kemaskini kata laluan, korang sudah selesai melakukan pendaftaran di portal MyASNB.
Cara login ASB online
Langkah 1 – Buka laman rasmi MyASNB https://www.myasnb.com.my/ dan klik LOG MASUK.
Langkah 2 – Masukkan id pengguna atau username. Kemudian, klik TERUSKAN.
Langkah 3 – Masukkan kata laluan dan klik TERUSKAN untuk lakukan urusniaga pilihan.
Pilihan login ASB online
1) Sistem online MyASNB
Diperkenalkan pada tahun 2017 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), sistem online MyASNB adalah sebuah platform dalam talian milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad yang disediakan kepada semua ahli Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia 18 dan ke atas.
Jika korang ada komputer dan akses ke Internet, mudah sahaja untuk melakukan urusan ASB di sana.
2) Mobile app MyASNB
Jangan ingat PNB hanya menyediakan sistem online MyASNB sahaja. Sebenarnya, ia juga hadir dengan aplikasi telefon pintar MyASNB yang boleh didapati di Google Play Store untuk Android; and Apple AppStore untuk iOS.
Aplikasi yang diperkenalkan bagi meningkatkan perkhidmatan digital PNB itu mudah dimuat turun dan selamat digunakan oleh pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
Sebagai inisiatif digital, MyASNB memberikan lebih kemudahan kepada pemegang unit untuk melakukan pelaburan permulaan atau tambahan kepada pelaburan sedia ada, semakan baki dan kemudahan penyata akaun serta maklumat terkini dari PNB.
Best kan?! Semua dah jadi mudah sekarang.
{ 0 comments… add one now }