Sebanyak 75% peruntukan telah dipertingkatkan bagi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih tahun 2025. Bantuan ini diberikan dalam bentuk sumbangan tunai digital melalui MyKad untuk membantu rakyat Malaysia yang layak membeli barangan keperluan asas.
Bagaimanakah cara semakan MyKasih SARA 2025? Adakah anda tergolong dalam kategori penerima bantuan ini? Semuanya kami kongsikan di bawah.
BILANGAN PENERIMA MYKASIH SARA 2025
Jumlah penerima MyKasih telah bertambah dengan drastik pada tahun ini:
Kategori | Bilangan Penerima |
---|---|
Sedia Ada | 0.7 juta (Isi Rumah, Warga Emas, Bujang) |
Baharu | 4.7 juta (Isi Rumah & Warga Emas) |
MYKASIH SARA 2025 SEMAKAN STATUS
Ikuti langkah semakan status bantuan SARA melalui laman rasmi MyKasih:
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 3
JIKA ANDA B40 & M40 MOHON JUGA : BANTUAN RM700 SEBULAN AUTOMATIK
- Layari: https://mykasih.com.my/
- Klik pada butang [Semak Kelayakan]
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-)
- Tekan [Semakan Status]
- Status akan dipaparkan: Layak atau No. MyKad tidak wujud dalam sistem
- Jika tidak wujud, log masuk ke portal MySTR dan semak di bahagian [Semakan Permohonan]
SEMAKAN BAKI MYKASIH SARA 2025
Baki bantuan boleh disemak melalui aplikasi rasmi MyKasih:
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play / App Store
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon
- Tandakan pada ruangan persetujuan
- Tekan [Next] dan baki akan dipaparkan
JUMLAH KREDIT MYKASIH SARA 2025
Kategori | Penerima Sedia Ada | Penerima Baharu |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 setahun | RM900 setahun |
Warga Emas | RM1,650 setahun | RM450 setahun |
Bujang | RM600 setahun | – |
CARA GUNA MYKASIH SARA 2025
Penggunaan bantuan ini adalah mudah:
- Kunjungi kedai rakan MyKasih berhampiran
- Pilih barangan dari 13 kategori keperluan yang dibenarkan
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang
- Masukkan PIN MyKad (6 digit) untuk sahkan pembelian
- Terima resit pembelian sebagai bukti transaksi
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai persoalan, boleh hubungi terus pihak MyKasih:
- 📞 Talian Bantuan: 03-8882 4565 / 4566
- 🌐 Laman Rasmi: mykasih.com.my/contact-us
- 📧 Emel: [email protected]
INFO TAMBAHAN
Artikel ini disediakan berdasarkan sumber rasmi daripada laman FAQ MyKasih SARA 2025. Tiada sebarang bayaran diperlukan dan tiada maklumat sensitif diminta.
Untuk kemaskini bantuan terkini, layari juga laman utama kami: https://cikyaya.my
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR 3
JIKA ANDA B40 & M40 MOHON JUGA : BANTUAN RM700 SEBULAN AUTOMATIK