Jom hari ni Cik Yaya nak cerita sikit pasal ePenyata ni untuk rujukan semua ya terutama kepada mereka yang bekerja makan gaji. E-Penyata Gaji adalah satu sistem yang dicipta bagi mengakses penyata gaji secara atas talian (online) bagi Kakitangan Kerajaan diperingkat Persekutuan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan lain – lain.
E-Penyata Gaji
- Sebelum korang dapat mengakses sistem ini, korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan hanya perli klik [Pertama Kali Mendaftar] serta mengisi segala maklumat yang diminta.
- Pendaftaran akan berjaya jika maklumat Nombor Kad Pengenalan serta Nombor Gaji disahkan didalam e-Penyata Gaji.
Cara Mengakses E-Penyata Gaji
- Layari laman web epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my
- Untuk mengakses sistem E-Penyata, korang hanya perlu masukkan Nombor Gaji serta Kata Laluan yang tepat dan klik [Daftar Masuk]
- Seterusnya klik [Sendiri] pada tab Penyata Gaji pada sebelah kiri bagi maklumat atau untuk muat turun Penyata Gaji yang terkini dalam bentuk PDF. Selain itu, korang juga boleh mengakses Penyata Pendapatan Tahunan serta mengakses maklumat Pusat Bayaran, Nombor Cukai Pendapatan, Nombor Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan banyak lagi.
- Dengan menyemak Penyata Pendapatan menggunakan e-Penyata ini, korang dapat melihat serta memahami butiran Gaji Pokok serta Elaun – Elaun yang diperoleh. Korang juga dapat mengetahui potongan terkini dari e-Penyata serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih betul dan tepat.
Dari masa ke masa, sistem e-penyata gaji ini telah dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah dilaksanakan sejak tahun 2010 lagi bagi memudahkan serta membantu kakitangan Kerajaan supaya dapat mengakses penyata pendapatan bulanan serta tahunan dengan cepat dan mudah tetapi masih dibawah kawalan yang ketat.
Lupa Kata Laluan E-Penyata
Jika korang terlupa kata laluan sistem epenyata gaji, sila ke skrin [Daftar] dan klik pada [Lupa Kata Laluan]. Korang perlu menjawab pilihan soalan semasa korang mendaftar pada kali pertama.
Sekiranya soalan beserta jawapan adalah tepat maka kata laluan epenyata gaji akan dinyatakan bagi mengakses semula sistem. Namun jika korang tersalah jawapan, korang perlu klik pada [Daftar Semula] bagi membuat pendaftaran semula, jika Nombor Gaji serta Nombor Kad Pengenalan korang masih sah, pendaftaran semula akan berjaya dan korang boleh terus mengakses sistem E-Penyata.
Panduan Terperinci dan Tatacara E-Penyata Gaji
E-Penyata Gaji atau sistem akses kepada Penyata Pendapatan secara online disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) dan jika korang memerlukan panduan lengkap mengenai cara untuk menggunakan sistem e-penyata ini, korang boleh memuat turun panduan dalam bentuk PDF.
Melalui penyelarasan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3/2010 mengikuti pelaksanaan Sistem βe-Penyata Gaji dan Laporanβ dari ANM. Surat pekeliling tersebut adalah bagi mengistiharkan pelaksanaan panduan serta tatacara penggunaan sistem e-Penyata Gaji, pendapatan tahunan boleh mula dicetak sendiri serta laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Tanggungjawab dan juga Pusat Pembayar Gaji. Korang boleh memuat turun Surat Pekeliling E-Penyata dan Laporan dalam bentuk PDF.
E-Penyata Gaji anda harus menunjukkan
- Jumlah Pendapatan β bayaran penuh iaitu Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
- Jumlah Potongan β amaun yang dipotong dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan
Jumlah amaun bagi apa apa Potongan Tetap tidak akan berubah dari bulan ke habis bulan dalam e-penyata gaji. Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun. Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji. Sistem E-Penyata sekian memudahkan Kakitangan Kerajaan untuk informasi pendapatan tahunan dan bulanan dengan mudah.
Sekian perkongsian dari saya. Jangan lupa share taw!
{ 2 comments… read them below or add one }
This is a unique place for fashionable women’s clothing and accessories.
We offer our clients women’s clothing, jewelry, cosmetics and health products, shoes, bags and much more.
https://fas.st/aLmjv
Wow, fantastic blog structure! How lengthy have you been running a blog for? you made running a blog look easy. The whole glance of your website is wonderful, as smartly as the content!