Semakan PTPTN | Adakah anda salah seorang peminjam PTPTN? Kita semua sedia maklum bahawa setiap peminjam wajib membayar hutang PTPTN. Hal ini demikian kerana, jika anda membayar hutang PTPTN maka anda akan membuka peluang kepada pelajar lain untuk memperoleh bantuan pinjaman tanpa sebarang masalah bagi melanjutkan pengajian tinggi mereka.
Namun begitu, tahukah anda bagaimana cara membuat semakan baki hutang PTPTN anda? cikyaya.my akan kongsikan kepada anda secara ringkas mengenai PTPTN dan cara membuat semakan bayaran.
Apa Itu PTPTN?
PTPTN atau Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan satu pinjaman yang akan diberikan kepada mana – mana pelajar yang melanjutkan pelajaran sama ada ke Universiti Awam, IPTA mahupun IPTS. Jika anda telah membuat pinjaman, anda dinasihatkan supaya membuat pembayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi mengelakkan nama anda disenaraikan hitam oleh pihak PTPTN/Imigresen serta CCRIS. Kebiasaannya pihak Imigresen boleh menghalang anda ke luar negara jika tidak membayar hutang PTPTN.
Pada masa sekarang, terdapat cara yang lebih mudah untuk menyemak baki pinjaman iaitu dengan hanya menggunakan aplikasi semakan online dan juga SMS.
Semakan Baki PTPTN Secara Online Dan SMS
Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN
Dibawah ini adalah cara – cara untuk membuat semakan baki pinjaman PTPTN anda supaya anda dapat membayar mengikut jadual yang disediakan.
Semak Baki PTPTN Secara Online
- Layari Laman Web PTPTN
- Klik pada Penyata Pinjaman
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Klik Semak
Semak Baki PTPTN Melalui SMS
- Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
- Hantarkan SMS ke 15888
- Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
Untuk makluman para peminjam, anda boleh mendapat nombor pin atau nombor pinjaman dengan menghubungi Hotline PTPTN di 03-2080 4455;
Hubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN
Perkhidmatan PTPTN Yang Lain
- Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
- Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
- Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
- Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
Grafik di bawah dapat digunakan sebagai rujukan:
Insentif Diskaun Peminjam PTPTN
Ini adalah berita baik kepada semua peminjam PTPTN, seperti yang dibentangkan semasa Bejat 2018, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun sehingga 31 Disember 2018 bagi tujuan untuk menggalakan peminjam supaya membuat pembayaran balik.
- Diskaun sebanyak 15% bagi baki hutang untuk selesaikan hutang sepenuhnya.
- Diskaun sebanyak 10% bagi bayaran sekurang – kurangnya 50% dari baki hutang dengan sekali bayaran
- Diskaun 10% bagi bayaran balik melalui direct debit atau potongan gaji mengikut jadual pembayaran
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi talian dibawah :
- Bantuan online di: http://icare.ptptn.gov.my/eApps/system/index.do
- Careline: 03-21933000
- Fax: 03-21931263 / 03-21931267
- Senarai Cawangan PTPTN: http://www.ptptn.gov.my/
Semoga perkongsian Semakan PTPTN ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat berjaya melangsaikan bayaran pinjaman anda.
{ 0 comments… add one now }