Saps Ibu Bapa | SAPS Ibu Bapa dan Guru (SAPS NKRA) diwujudkan bagi tujuan untuk mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di Malaysia. Melalui kaedah ini para ibu bapa serta penjaga dapat mengetahui keputusan peperiksaan anak mereka melalui sistem ini.
cikyaya.my akan kongsikan kepada anda semua mengenai sistem SAPS Ibu Bapa bagi rujukan para ibu bapa serta penjaga.
SAPS Ibu Bapa dan Guru (SAPS NKRA)
Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan sistem semakan iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Melalui sistem SAPS ini, ibu bapa dapat menyemak prestasi serta keputusan peperiksaan anak mereka secara atas talian (online) tanpa perlu hadir ke sekolah.
Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan dan juga kedudukan anak didalam kelas. Dengan wujudnya sistem SAPS NKRA ini adalah bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak – anak mereka dan dapat menambahbaikan apa yang perlu untuk pelajaran anak mereka.
TERKINI : Sistem SAPS kini dibuka semula selepas ditutup buat sementara waktu sebelum ini susulan dakwaan akan pencerobohan ke atas sistem SAPS yang diterima oleh KPM.
SEMAKAN SAPS Ibu Bapa 2020 : Semakan Slip Peperiksaan Online
Dibawah ini akan dikongsikan maklumat mengenai semakan SAPS slip peperiksaan sekolah bagi panduan ibu bapa serta pelajar untuk menyemak serta mendapatkan keputusan peperiksaan secara atas talian (online).
Apa Itu SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa Online?
- SAPS diwujudkan bagi mengumpul, menyimpan dan juga menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di Malaysia yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
- Data yang disimpan oleh SAPS boleh digunapakai oleh PPD, JPN dan KPM bagi mmebuat analisis. Analisis yang dibuat melalui sistem ini adalah selaras skala gred kebangsaan.
Login SAPS Ibu Bapa Dan Guru
- Para Guru akan memasukkan markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar yang sekaligus membolehkan maklumat lengkap markah, peratus lulus, kedudukan dalam kelas dan sebagainya dapat diketahui. Maklumat yang diperoleh akan dianalisis dan juga dinilai bagi membuat rancangan pembelajaran berdasarkan kepada prestasi para pelajar.
Keputusan Peperiksaan Yang boleh Disemak
Keputusan peperiksaan yang dapat disemak melalui sistem SAPS NKRA adalah seperti berikut:-
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Peperiksaan Percubaan bagi UPSR, PT3 dan SPM
Keputusan penuh bagi peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.
SAPS Ibu Bapa : Cara Semak Keputusan Peperiksaan Secara Atas Talian
Dibawah ini dikongsikan langkah – langkah untuk membuat semakan keputusan melalui SAPS secara online :
1. Layari laman web rasmi SAPS NKRA bagi membuat semakan ATAU
2. Key In Markah Pelajar untuk Guru
LANGKAH SEMAKAN SAPS IBU BAPA ONLINE | |
1. | Carian Murid
|
2. | Pilih Negeri |
3. | Pilih Daerah PPD |
4. | Pilih Nama Sekolah
Contoh Paparan Muka Sistem Semakan Saps Ibu Bapa Adalah Seperti Dibawah : |
5. | Selanjutnya Anda Akan Dibawa Ke Halaman Berikutnya :-
Pilih keputusan peperiksaan yang ingin disemak :
|
6. | Dipaparkan Analisis Markah, anda boleh klik samada :
|
|
Analisa Keputusan Ujian Dan Peperiksaan
Markah keseluruhan dijadikan sebagai penanda aras untuk mengira peratus pencapaian samada murid tersebut LULUS atau GAGAL. Melalui slip keputusan peperiksaan ini, ibu bapa serta penjaga dapat mengetahui kedudukan anak mereka didalam kelas. Analisis markah peperiksaan akan memaparkan empat jenis keputusan ujian/peperiksaan bagi tahun tersebut seperti dibawah :
Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2020
Dibawah ini dikongsikan tarikh penting bagi kemasukan markah peperiksaan dalaman SAPS pada tahun 2019 bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.
- Isian markah bagi peperiksaan dalaman sekolah hanya bagi murid tahun 4 hingga 6 dan tingkatan 1 hingga 5 sahaja. Tiada isian markah bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Saringan LINUS Khas dalam SAPS
Takwim pengisian markah peperiksaan dalaman sekolah dalam sistem SAPS tahun 2019 adalah seperti berikut :-

Gred Pemarkahan Peperiksaan
Berikut adalah gred markah peperiksaan Sekolah untuk Sekolah Rendah (SR), Sekolah Menengah Rendah (SMR) Dan Sekolah Menengah Atas (SMA).
JULAT MARKAH/ GRED SAPS | ||
JULAT MARKAH |
GRED | CATATAN |
GRED SEKOLAH RENDAH | ||
80 – 100 0 – 39 |
A
B C D E TH |
CEMERLANG
BAIK MEMUASKAN MENCAPAI TAHAP MINIMUM BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM TIDAK HADIR
|
GRED MENENGAH RENDAH | ||
85 – 100 |
A
B C D E F TH |
CEMERLANG KEPUJIAN BAIK MEMUASKAN MENCAPAI TAHAP MINIMUM BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUM TIDAK HADIR |
GRED MENENGAH ATAS |
|
|
90 – 100 80 – 89 70 – 79 65 – 69 60 – 64 55 – 59 50 – 54 45 – 4940 – 44 00 – 39 TH |
A+ A A- B+ B C+ C D E G TH |
CEMERLANG TERTINGGI CEMERLANG TINGGI CEMERLANG KEPUJIAN TERTINGGI KEPUJIAN TINGGI KEPUJIAN ATAS KEPUJIAN LULUS ATAS LULUS GAGAL TIDAK HADIR |
Soalan Lazim Semakan SAPS NKRA
Bagi memudahkan para pengguna SAPS NKRA untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi semasa menggunakan SAPA, dibawah ini dikongsikan soalan lazim (FAQ) serta langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Penggunaan Singkatan Perkataan
1. SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
2. SUP Setiausaha Peperiksaan
3. GMP Guru Matapelajaran
4. GK Guru Kelas
5. KP Kad Pengenalan
6. APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid
7. JPN Jabatan Pelajaran Negeri
i) LOGIN SAPS NKRA
1. Setiausaha Peperiksaan Tidak Boleh Login ID
2. GMP / GK Tidak boleh Login ID/ Lupa Kata Laluan
3. Mengubah ID dan Password
ii) PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP
1. Level Setiausaha Peperiksaan Hilang
2. Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas
3. Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru
iii) PENGURUSAN GURU
1. Pertukaran Admin
2. Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek
3. Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru
4. Ambil Alih Subjek Guru Lain
5. Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza
6. Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS
iv) SEMAKAN IBUBAPA
1. Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Mengakses SAPS
2. Ejaan Nama Pelajar Salah
v) PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR
1. Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan
2. Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR
3. Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
4. Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar
Berikut adalah di antara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya oleh Pengguna SAPS semasa menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa dan langkah-langkah dalam mengatasinya.
1) Ejaan Nama Pelajar Salah
Bagaimanakah cara jika saya ingin membetulkan ejaan nama anak saya pada Semakan Ibubapa?
- a) Ibubapa dikehendaki menghubungi GK anak mereka bagi memaklumkan hal berkenaan. GK yang perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM serta memaklumkan kepada SUP sekolah bagi Import nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS
b) Sebagai SUP sekolah, adakah perlu untuk saya menghubungi HelpDesk SAPS bagi memaklumkan mengenai hal ini?
- Tidak perlu. Hal ini demikian kerana, kesalahan ejaan nama tidak akan menjejaskan apa apa. Namun SUP perlu memproses semula bagi mendapatkan ejaan nama yang tepat.
2) Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Diakses
a) Bagaimana jika saya tidak dapat menyemak keputusan peperiksaan anak saya kerana nombor kad pengenalan tidak dapat diakses?
- Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas anak mereka untuk memaklumkan masalah tersebut. GK perlu menyemak nombor KP serta dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika salah, GK perlu mengemaskini maklumat pelajar tersebut di APDM serta laporkan kepada SUP sekolah. SUP perlu mengemaskini nombor kad pengenalan pelajar tersebut di SAPS Ibu Bapa
b) Adakah saya perlu memaklumkan mengenai penukaran nombor kad pengenalan pelajar kepada HELPDESK SAPS?
- Ya, SUP perlu menghubungi HELPDESK SAPS bagi memaklumkan mengenai penukaran nombor KP pelajar tesebut. Jika tidak dimaklumkan, maka markah peperiksaan pelajar sebelum ini tidak akan dipaparkan pada slip keputusan.
3) Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di dua kelas berbeza
a) Saya mendapati ada satu nama pelajar berada pada dua kelas berbeza pada slip markah. Apakah tindakan yang perlu saya buat?
- Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pelajar tersebut dari kelas lain dan berpindah ke kelas baharu. SUP perlu login ID GMP murid dan klik [Simpan] bagi markah yang telah diisi. Setelah itu, SUP perlu sahkan dan proses semula bagi mengemaskini slip markah yang betul dengan nama pelajar pada kelas yang betul.
b) Saya telah melakukan perkara diatas tetapi saya masih hadapi masalah yang sama?
- SUP perlu menghubungi HELPDESK SAPS bagi membuat laporan mengenai masalah yang berlaku.
Bagi mendapatkan Soalan Lazim (FAQ) yang lengkap, anda boleh muat turun di pautan Panduan Am SAPS.
Maklumat Lanjut SAPS IbuBapa
Untuk bantuan, sila rujuk kepada grafik di bawah ini :
Semoga dengan adanya sistem semakan SAPS Semakan Ibu Bapa ini dapat memudahkan ibubapa/ penjaga untuk membuat Semakan slip Keputusan
Peperiksaan murid serta kedudukan kelas secara online. Moga dengan kewujudan sistem SAPS NKRA akan dapat menghasilkan keputusan peperiksaan yang terbaik dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti.
{ 0 comments… add one now }