[Panduan] Jom Buat Semakan Penyata KWSP Dengan Mudah Secara Online

by Admin Penulis on February 2, 2020

Uols pernah taw tak yang uols boleh buat semakan penyata KWSP ni secara online je? Eh caruman KWSP boleh check online ke, bukan kena pi kaunter ke baru boleh check?

Haaaa inilah Cik Yaya nak share kat uols pasal cara mudah nak buat semakan caruman KWSP ini. Atau ada orang panggil sebagai caruman EPF. Samaje KWSP ni dengan EPF.

Kita ni dah zaman 2020, zaman kereta terbang gituu. Takkan nak check penyata KWSP yang uols simpan banyak-banyak masa kerja dulu pun nak beratur amik nombor kat kaunter lagi. Tak kira nak cari parking lagi tu. Sekarang ni semua dihujung jari. Wahh gituu!

Dulu Mama minta tolong dengan Cik Yaya untuk check duit akaun KWSP dia. Mama cakap boleh check online je.

So, lepas pening-pening Google, jumpalah info-info pasal ni. So, Cik Yaya share balik info panduan untuk buat semakan penyata KWSP online ni kat uols .

Jom Cik Yaya kongsikan kepada korang semua mengenai semakan penyata KWSP secara online dan cara untuk mendaftar akaun untuk rujukan semua.

Semakan Penyata KWSP Online img

Apa Itu KWSP?

KWSP atau nama penuhnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau EPF merupakan sebuah pertubahan keselamatan sosial dimana menyediakan faedah persaraan kepada ahli – ahlinya.

Tugas KWSP adalah untuk menguruskan satu sistem yang diwujudkan kepada para majikan untuk menjalankan tugas sosial seperti yang diamanahkan melalui undang – undang.

Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun (Semak Baki Dan Status Pengeluaran)

Uols boleh semak penyata KWSP ni secara atas talian (online) denagn menggunakan perkhidmatan i-Akaun dari KWSP sendiri. So, uols sebagai pencarum tak perlu lagi bersusah payah ke kaunter KWSP bagi menyelesaikan apa – apa urusan.

Uols boleh menguruskan segala hal berkaitan semakan, buat pengeluaran EPF, cetakan penyata KWSP dan banyak lagi. Nanti Cik Yaya share kat bawah sekali!

Tapi untuk guna sistem i-Akaun KWSP, uols kena daftar dulu di pejabat KWSP ataupun kiosk KWSP. Ala kali ni je kena pi pejabat KWSP lepasni semua online k!

Follow je semua step panduan pendaftaran akaun online KWSP bawah ni dan barulah boleh buat semakan secara online.

1. Dapatkan Activation Code (Kod Pengaktifan)

First sekali, bawa Mykad atau kad pengenalan ke mana-mana kaunter KWSP atau kiosk KWSP untuk mendapatkan kod pengaktifan i-Akaun KWSP. Kod ini hanya boleh digunakan dalam tempoh 30 hari sahaja.

Boleh check lokasi pejabat dan kiosk terdekat disini ➜ Lokasi KWSP Seluruh Negeri Di Malaysia 

.

Uols akan dapat sms kod tu dekat phone.

2. Pendaftaran i-Akaun KWSP Online

Next step, pergi ke website KWSP – https://www.kwsp.gov.my dan pilih pada ‘Login dan klik pada ‘i-Akaun (Member)’ atau boleh terus klik disini ➜ Login i-Akaun KWSP

Masukkan kod pengaktifan tadi di ruangan ‘User ID’.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KWSP ONLINE i-AKAUN

Untuk membuat Semakan Penyata KWSP Online i-Akaun, turuti langkah-langkah di bawah:

1. Peroleh Activation Code (Kod Pengaktifan)

Pertama sekali anda perlu mmeperoleh kod pengaktifan. Anda perlu ke mana – mana kios atau kaunter KWSP untuk mendapatkan kod tersebut. Anda hanya perlu membawa MyKad.

Klik pada Pejabat Dan Kiosk KWSP Seluruh Negeri Di Malaysia 

2. LOGMASUK KE i-Akuan KWSP

Dibawah ini adalah langkah – langkah untuk logmasuk ke i-Akaun KWSP :

  • Klik pada [Login i-Akaun]
  • Masukkan kod pengaktifan yang diterima (pada langkah 1) di ruangan User ID. Kod pengaktifan tersebut hanya boleh digunakan selama 30 hari sahaja.

Semakan Penyata KWSP Online img 2

  • Klik [NEXT]
  • Masukkan kata laluan sementara dan klik [Login]

Semakan Penyata KWSP Online img 3

  • Klik [Accept] setelah anda membaca terma dan syarat.

Semakan Penyata KWSP Online img 4

  • Klik [Next] dan tukar ID dan masukkan kata laluan sementara kepada ID dan kata laluan tetap anda sendiri.
  • Akhirnya, pautan akan ditunjukkan bagi anda logmasuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda tetapkan tadi.

3. SEMAKAN PENYATA KWSP SECARA ONLINE

Jika anda ingin membuat semakan Penyata KWSP, anda boleh ikuti langkah – langkah dibawah :

1. Log masuk semula ke dalam akaun anda.
2. Akaun Peribadi kemudian pilih tahun di ruangan Lihat Penyata bagi Tahun:
3. Klik Cari. Penyata bagi tahun yang dipilih itu akan dipaparkan.

Semakan Penyata KWSP Online img 5

4. Di halaman yang sama di bahagian bawah, penyata ahli boleh dicetak atau dimuat turun.

Semakan Penyata KWSP Online img 6

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran yang diberikan dibawah :

Perkhidmatan Lain i-Akaun KWSP

Bagi anda yang telah mendatar sebagai ahli, anda boleh menggunakan perkhidmatan i-Akaun KWSP seperti berikut:

  • Kemaskini profil.
  • Semak transaksi caruman KWSP.
  • Melakukan semakan penyata untuk tahun terkini atau sebelumnya.
  • Semak maklumat penamaan.
  • Pohon e-Pengeluaran.
  • Semak status permohonan pengeluaran & sejarah pengeluaran.
  • Semak log aktiviti i-Akaun.
  • Melakukan kira-kira anggaran jumlah layak simpanan, pengeluaran dan pelaburan.

So itulah sedikit sebanyak info tentang sistem KWSP ni. Nak daftar pun senang je, semua pakai hujung jari sekarang. Cik Yaya harap artikel ini bermanfaat untuk korang semua. Jangan lupa share ye!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment