Semakan UPU Online

by Admin Penulis on January 30, 2020

Semakan UPU Online | Bagi lepasan SPM/STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, artikel ini khas untuk anda.

Untuk makluman anda, pendaftaran permohonan UPU bagi ambilan 2020 – 2021 dijangka akan dibuka pada Oktober 2019 dan dijangka dibuka semula bagi pemilihan program sama ada pada Februari atau Mac 2020. Pendaftaran UPU ini adalah bagi kemasukan ke Universiti Awam, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti serta Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Nota: Mulai Mac 2015, Institut Pengajian Tinggi telah digantikan kepada Universiti Awam dan IPTA merujuk kepada Politeknik dan Kolej Komuniti.

cikyaya.my akan kongsikan kepada anda langkah – langkah untuk memohon serta cara membuat semakan UPU online.

UPU Online

Bagi pendaftaran permohonan UPU, anda tidak perlu membeli pin. Namun begitu jika anda ingin membuat permohonan serta mengakses borang UPUonline bagi proses pemilihan program, anda perlu membeli Pin Unik ID UPU di BSN yang terdekat dari tarikh 24 Februari hingga 30 Mac bagi SPM / 6 April 2020 bagi  STPM.

Bagi pelajar yang berminat serta berkelayakan, anda dipelawa bagi memohon serta memilih kursus pengajian berdasrkan pada kelayakan serta minat anda sendiri.

Maklumat Penting Permohonan UPU online bagi Kemasukan ke Universiti Awam, Matrikulasi, IPG, Kolej Komuniti, Politeknik dan ILKA

1. Siapa Yang Layak Memoho UPU 2020/2021?

A. Calon Lepasan SPM/ Setaraf : Program Matrikulasi, PISMP IPG, Program Asasi/Diploma Di Universiti Awam/ Politeknik Dan Sijil/ Diploma Di Kolej Komuniti & ILKA

Semua calon yang berkelulusan

  • SPM tahun semasa sahaja (Kategori A)
  • SPM bukan tahun semasa (Kategori B)

adalah layak serta berpeluang bagi membuat permohonan berdasarkan kelayakan dan minat untuk kemasukan ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA berdasarkan kelayakan dan minat.

B. Calon Lepasan STPM/ Setaraf : Program Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam Dan Politeknik Premier

1. STPM (Kategori A, S) Pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:-

  • Kategori A • Aliran Sastera
  • Kategori S • Aliran Sains

2. Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J). Pelajar Matrikulasi KPM/ Asasi UiTM/ PASUM tahun semasa seperti pecahan berikut:-

  • Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM/ Asasi UiTM/ PASUM
  • Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
  • Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM
  • Kategori L • Aliran TESL Calon Asasi UiTM
  • Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
  • Kategori J •  Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM

3. Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

  • Kategori G • DIPLOMA UA/ DIPLOMA POLITEKNIK :-
    DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
    DIPLOMA POLITEKNIK
  • Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAINLAIN KELAYAKAN:-
    DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
    DIP LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
    DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
    DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
  • Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :-
    A LEVEL
    INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
    SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
    STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
    MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
    STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
    AUSMAT/ SAM / ADFP
    FOUNDATION IPTS

4. Lepasan STAM (Kategori T)

  • Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum sahaja

2. Cara Membuat Permohonan UPU 2020/2021

Bagi permohonan untuk kemasukan ke UA, IPTA dan ILKA adalah melalui permohonan atas talian iaitu UPUonline. Dibawah ini dikongsikan cara untuk memohon UPUonline.

A. Pin Unik UPU

Jika anda ingin memohon, anda perlu membeli nombor Pin Unik ID UPU dimana – mana BSN yang berdekatan anda sebelum anda dapat mengakses sepenuhnya borang UPUonline. Tarikh pembelian Pin Unik ID UPU adalah seperti berikut:-

  • Tarikh mula : 24 Februari 2020
  • Tarikh Tutup : 30 Mac 2020 (SPM) / 6 April 2020 (STPM/Setaraf)

Harga nombor PIN Unik ID adalah RM15.60 termasuk SST untuk kedua-dua kategori permohonan iaitu lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf.

B. Isi Borang Permohonan UPUonline

Pemohon boleh mengkases borang permohonan dengan menggunakan no pin unik ID di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di URL berikut :-

Sistem applikasi permohonan online UPU hanya akan diaktifkan pada tarikh permohonan dibuka. Pemohon pertama kali atau pemohonan baharu perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna sistem UPUonline tanpa memerlukan No Pin unik ID. Mereka yang telah mendaftar boleh login masuk ke applikasi permohonan dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah di daftarkan.

Nota : Anda perlu mencetak slip permohonan serta simpan slip tersebut sebagai bukti bahawa anda telah membuat permohonan UPU.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada 14 tips panduan permohonan beserta grafik panduan kemasukan 2020/2021 UPU di bawah ini yang akan dikemaskini.

  TIPS PERMOHONAN UPU ONLINE 2020/2021
1. Beli nombor Pin Unik ID UPU di BSN terlebih dahulu
2. Pastikan kategori anda SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma
3. Buka Portal Rasmi UPU di upu.moe.gov.my
4. Semak kecenderungan anda di website UPUtag
5. Sebelum membuat permohonan, semak syarat kelayakan AM/ KHAS di e-panduan upuonline
6. Semak syarat e-Panduan dengan teliti
7. Isi permohonan secara ONLINE
8. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap
9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
10. Isi borang sehingga selesai
11. Klik “SAH & HANTAR”
12. Cetak slip permohonan
13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat
14. Semakan dan Kemaskini permohonan adalah tanpa had tapi ingat jangan tunggu sehingga saat akhir

3. Syarat Am Kemasukan

Dibawah ini dikongsikan Syarat Am bagi kemasukan ke UA untuk Program Pengajian Lepasan SPM :-

A. Lepasan SPM (SPM 2019, 2018 & 2017)

i) UA/ IPG/ Kolej Matrikulasi/ Politeknik Premier

  • Program Asasi/ Matrikulasi
    • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu
    • Lulus Sejarah
  • Program Diploma
    • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu
    • Lulus Sejarah

ATAU

ii) Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti & ILKA

  • Program Diploma
    • Pemohon mestilah memiliki SPM dengan mendapat sekurang – kurangnya 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu
    • Lulus Sejarah
  • Program Sijil
    • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Boleh menulis, membaca dan mengira

B. Program Lepasan STPM/ Setaraf

Syarat Am bagi memohon ke masukan UA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai MyKad sahaja
  • Bagi yang bukan Warganegara, anda boleh terus memohon UA yang berkaitan.

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

  • Pemohon mestilah mempunyai SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Lulus mata pelajaran Sejarah (bermula tahun 2013)

ATAU

ii. SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

  • Kesetaraan SVM dengan 3 kredit SPM seperti berikut:
    • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
    • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
    • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67;
    • Kompeten semya modul vokasional; danLulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013 – 2016

DAN

iii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 (gred C) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am

ATAU

iv. MATRIKULASI/ ASASI

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

v. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

ATAU

vi. DIPLOMA / SETARAF

  • Mempunyai kelulusan Diploma samada daripada UA/ Politeknik/ IPTS, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau apa – apa kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti (syarat khas program); atau
  • Lulus STPM tahun 2018 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya NGMP 2.00 dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
  • Matrikulasi/Asasi tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00; atau
  • STAM tahun 2017 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; atau
  • Lulusan Pra Universiti bagi Sekolah Sukan Malaysia/ Australian Matriculation (AUSMAT) /GCE A-Level/ International Baccalaureate Diploma dan kelayakan lain yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta diluluskan oleh Senat UA.

DAN

  • Mendapat sekurang-kurangnya Band 1 dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun)

4. Syarat Khas – Kursus Pengajian Yang Layak Dimohon

Bagi permohonan UPU untuk kemasukan ke UA / METrO, Kolej Komuniti & ILKA/Politeknik Premier dan Politeknik Konvensional/bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, pemohon perlu mematuhi syarat khas bagi program yang seperti dinyatakan didalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan.

Muet Band 1 adalah sebagai syarat khas untuk kemasukan yang masih dilaksanakan oleh UA bagi program yang berasaskan kecergasan dan bakat. Terdapat pelbagai origram pengajian serta kursus yang ditawarkan di UPU. Jika pemohon ingin membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan kelulusan akedemik anda, sila rujuk Applikasi online Sistem Semakan Syarat Kelayakan.

Senarai kursus pengajian yang layak di mohon akan paparkan berdasarkan keputusan yang diperoleh oleh pemohon bagi peperiksaan SPM/STPM.

5. Tarikh Penting Pendaftaran Permohonan UPU Sesi 2020/2021

6. Cara Membuat Pendaftaran Permohonan UPU 2020/2021

Pendaftaran bagi permohonan UPU hanya dibuka kepada calon – calon yang telah mengambil peperiksaan seperti berikut :

  • SPM 2017, 2018 dan 2019
  • STPM 2019
  • Matrikulasi/Pasum/Asasi
  • STAM 2018 dan 2019

TIADA pembelian NO. UNIK ID diperlukan. Hanya lengkapkan pendaftaran di pautan ini:

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan semasa mengisi permohonan, anda boleh merujuk Manual Pengguna Pendaftaran :

  • Manual Pengguna Lepasan SPM
  • Manual Pengguna Lepasan STPM

Nota : NO. UNIK ID tidak diperlukan untuk sesi pendaftaran pada waktu ini tetapi masih diperlukan sewaktu permohonan pada Februari hingga Mac 2020 (semasa pemilihan program). Penjualan NO. UNIK ID bagi permohonan kemasukan akan dimaklumkan kemudian.

7. Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2020/2021

Sistem permohonan Online UPU akan dibuka seperti tarikh berikut :-

  • Tarikh Buka : 24 Februari 2020, jam 12:00 tengahari
  • Tarikh Tutup : 31 Mac 2020 (SPM) / 7 April 2020 (STPM/Setaraf), jam 11:59 malam

8. Maklumat Lanjut Permohonan UPU 2020/2021

Bagi mendapatkan maklumat terbaharu mengenai Permohonan UPU bagi kemasukan ke UA, IPG, Matrikulasi, Politeknik dan ILKA bagi sesi 2020/2021, sila layari :

Pelajar juga disarankan supaya hadir ke mana – mana Karnival Jom Masuk U bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan U serta kursus pengajian yang bersesuaian dengan pemohon.

Semoga dengan perkongsian ini memudahkan para pemohon membuat permohonan UPU 2020 online sesi 2020/2021 untuk kemasukan ke UA, Matrikulasi, IPG, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Moga permohonan anda untuk menyambung pengajian tinggi tercapai.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment