Home / Bantuan Kerajaan / SENARAI PENERIMA STR FASA 3 – MOHON BERMULA HARI INI

SENARAI PENERIMA STR FASA 3 – MOHON BERMULA HARI INI

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 3): STATUS TERKINI LAYAK ATAU TIDAK?

Kerajaan Malaysia meneruskan komitmen membantu rakyat melalui peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang bakal memanfaatkan hampir 9 juta penerima. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar.

Bagi anda yang tertanya-tanya sama ada layak atau tidak untuk menerima bayaran STR Fasa 3, berikut kami kongsikan syarat kelayakan, cara semakan status terkini dan jumlah bayaran mengikut kategori.

Kembali ke Laman Utama Cikyaya.my

MOHON JUGA :

Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?

Klik Untuk Sertai WhatsApp

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Berikut adalah kategori penerima yang layak menerima STR 2025:

KategoriKelayakan
Isi Rumah– Kahwin (ada atau tiada anak)
– Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda dengan anak yang menepati syarat
– Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan– Berumur 60 tahun ke atas
– Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
Bujang– Berumur 21-59 tahun
– Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas
– Bukan pelajar sepenuh masa IPTA/IPTS
– Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

CARA SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025

Semakan status STR Fasa 3 boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pada laman utama, klik bahagian [MySTR]
  3. Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-)
  4. Tekan butang [Log Masuk]
  5. Klik [Semak] dan sahkan frasa keselamatan
  6. Masukkan kata laluan yang betul
  7. Maklumat [Status Permohonan] & [Status Pembayaran] akan dipaparkan

Status akan dipaparkan sama ada LULUS atau TIDAK LULUS mengikut keputusan permohonan anda.

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Menurut jadual rasmi, pembayaran STR Fasa 3 akan dikemaskini dan diumumkan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa. Tarikh bayaran rasmi akan dimaklumkan melalui Portal STR dan media arus perdana.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 3 2025

Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah mengikut kategori seperti berikut:

KategoriKelayakan & Jumlah (RM)
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawahTiada Anak : RM150
1-2 Anak : RM350
3-5 Anak : RM500
5 Anak ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000Tiada Anak : RM100
1-2 Anak : RM200
3-5 Anak : RM250
5 Anak ke atas : RM300
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

CARA PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Bayaran STR akan disalurkan menerusi dua kaedah berikut:

  • Pengkreditan terus ke akaun bank penerima/pasangan yang berdaftar
  • Tuntutan tunai di Kaunter BSN bagi penerima tiada akaun bank atau status Gagal Kredit

RUJUKAN & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang persoalan berkaitan bantuan STR, sila hubungi:

  • Hotline BKK Hasil: 1-800-88-2747
  • Emel: [email protected]
  • Atau kunjungi mana-mana cawangan LHDN berdekatan

PENAFIAN

Artikel ini dikongsikan bertujuan memberi maklumat sahih berdasarkan sumber rasmi kerajaan. Kami tidak pernah meminta sebarang bayaran, maklumat peribadi atau data pengguna. Sentiasa semak maklumat melalui sumber rasmi kerajaan untuk elakkan penipuan.

Kembali ke Laman Utama Cikyaya.my

MOHON JUGA :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *