PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

PANDUAN LENGKAP SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah solat dua rakaat yang dilakukan pada pagi 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia boleh dilakukan secara berjemaah di masjid, surau, atau secara bersendirian di rumah.

Baca Juga Disini–> SENARAI BANTUAN MADANI 2025: SEMAK JUMLAH, CARA MOHON & KELAYAKAN

Hukum Solat Sunat Hari Raya

Solat sunat Aidilfitri dikategorikan sebagai sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak ia disyariatkan sehingga Baginda wafat. Para sahabat juga terus mengamalkannya.

Waktu Pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri

Solat sunat Hari Raya boleh dilakukan selepas terbit matahari hingga sebelum masuk waktu Zohor. Waktu terbaik adalah selepas matahari naik lebih kurang satu tombak atau kira-kira jam 8:00 pagi.

Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Bagi mereka yang ingin mendirikan solat ini, berikut adalah lafaz niat:

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usolli sunnatan Aidilfitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Maksud: Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta’ala.

Cara Mendirikan Solat Sunat Aidilfitri

Rakaat Pertama:

  • Dimulakan dengan takbiratul ihram.
  • Membaca doa iftitah.
  • Bertakbir sebanyak tujuh kali, diselang-selikan dengan tasbih.
  • Membaca Surah al-Fatihah.
  • Disunatkan membaca Surah al-A’la.
  • Meneruskan solat sehingga sujud kedua.

Rakaat Kedua:

  • Dimulakan dengan takbir intiqalat.
  • Bertakbir sebanyak lima kali, diselang-selikan dengan tasbih.
  • Membaca Surah al-Fatihah.
  • Disunatkan membaca Surah al-Ghaasyiyah.
  • Melengkapkan solat sehingga memberi salam.

Khutbah Hari Raya

Selepas solat sunat Aidilfitri, khatib akan menyampaikan khutbah. Ia sama seperti khutbah Jumaat dari segi rukunnya, tetapi disunatkan untuk memulakan khutbah pertama dengan sembilan kali takbir dan khutbah kedua dengan tujuh kali takbir.

Takbir Raya

Umat Islam digalakkan bertakbir bermula dari waktu Maghrib malam raya sehingga sebelum solat Aidilfitri didirikan. Berikut adalah lafaz takbir:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَر

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعَدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ

Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/31

Tips Menghidupkan Syawal dengan Lebih Bermakna

  • Mandi sunat sebelum solat Aidilfitri.
  • Memakai pakaian terbaik dan menggunakan wangi-wangian.
  • Makan sebelum solat sebagai tanda tidak berpuasa.
  • Memperbanyakkan takbir dan zikir sebelum solat.
  • Menziarahi keluarga dan sahabat bagi mengeratkan silaturrahim.

Adakah Solat Hari Raya Boleh Dilakukan Di Rumah?

Menurut mazhab Syafi’i, solat sunat Hari Raya boleh dilakukan secara bersendirian di rumah jika tidak dapat menunaikannya di masjid atau surau. Ia tetap sah dan mendapat pahala sunat.

Kesimpulan

Solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah satu ibadah yang penuh dengan hikmah dan keindahan. Ia melambangkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat Ramadan yang telah berlalu. Pastikan kita menunaikannya dengan penuh keikhlasan dan menghayati nilai-nilainya.

Untuk lebih banyak panduan ibadah dan gaya hidup Islam, lawati Cikyaya.my.

Leave a Comment