STR FASA 3 TERKINI: SEMAK NAMA PENERIMA & TARIKH BAYARAN MASUK HARI INI
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 adalah antara fasa yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40. Pembayaran ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Artikel ini merangkumkan maklumat lengkap berkaitan STR Fasa 3 termasuk tarikh pembayaran, jumlah bayaran, kategori penerima, dan panduan semakan status berdasarkan rujukan rasmi daripada LHDN.
Baca Juga: JADUAL TERKINI GAJI PENJAWAT AWAM
APA ITU STR FASA 3 2025?
STR Fasa 3 adalah pembayaran ketiga dalam siri agihan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 oleh kerajaan Malaysia. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan isi rumah berpendapatan rendah, golongan bujang, dan warga emas yang layak.
Adakah Anda B40 & M40 Yang Memerlukan Bantuan?
Klik Untuk Sertai WhatsAppTARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Menurut maklumat dalam FAQ STR 2025, pembayaran Fasa 3 dijangka sekitar Ogos atau September 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan melalui:
- Portal STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- SMS atau emel kepada penerima layak
- Pengumuman media arus perdana
Tip: Pastikan anda sentiasa semak portal rasmi bagi elak tertinggal makluman terkini.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT KATEGORI
Kategori | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah STR 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah (5 anak atau lebih) | RM2,500 & ke bawah | RM2,500 |
Isi Rumah (3-4 anak) | RM2,500 & ke bawah | RM2,000 |
Isi Rumah (1-2 anak) | RM2,500 & ke bawah | RM1,500 |
Isi Rumah (0 anak) | RM2,500 & ke bawah | RM1,000 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM500 – RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM5,000 & ke bawah | RM600 |
Bujang | RM2,500 & ke bawah | RM600 |
*Nota: Jumlah Fasa 3 adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan di atas, bergantung kepada jadual agihan rasmi kerajaan.
KADAR TAMBAHAN: SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Penerima STR yang layak juga akan menerima tambahan bantuan SARA berbentuk kredit MyKad untuk membeli barangan keperluan asas.
Kategori | Jumlah SARA Setahun |
---|---|
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar eKasih) | RM2,100 |
Isi Rumah Lain | RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan | Sehingga RM1,650 |
Bujang | RM600 |
Bantuan SARA boleh digunakan di pasar raya berdaftar seperti Mydin, Giant, Lotus’s, 99 Speedmart, dan lain-lain.
CARA SEMAK STATUS STR FASA 3
- Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad & kata laluan
- Pilih menu “Semakan Status”
- Lihat status kelayakan & jumlah bayaran
CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR
- Layari portal: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk MySTR
- Pilih menu “Kemas Kini Permohonan”
- Kemaskini maklumat seperti akaun bank, perkahwinan, tanggungan & hantar
INFO PENTING STR FASA 3
- Pembayaran dijangka sekitar Ogos/September 2025
- Dikredit ke akaun bank penerima, atau tunai di BSN jika tiada akaun
- Penerima layak juga terima bantuan SARA melalui MyKad (jika memenuhi syarat)
- Semakan & kemaskini perlu dibuat segera untuk elakkan masalah bayaran
SENARAI BANTUAN LAIN UNTUK B40 TAHUN 2025
Bantuan | Keterangan |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan tunai utama untuk isi rumah B40, warga emas & bujang. Jumlah RM500 – RM2,500 bergantung kategori. |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Bantuan tambahan STR, kredit bulanan MyKad untuk beli barangan keperluan. |
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) | RM150 untuk murid sekolah rendah & menengah daripada keluarga B40. |
Bantuan i-Saraan KWSP | Insentif caruman sukarela KWSP kategori B40. |
Bantuan eBeliaRahmah 2025 | Bantuan e-wallet belia B40, RM100 – RM200 (menunggu pengumuman rasmi). |
Subsidi Elektrik | Subsidi bil elektrik isi rumah penggunaan bawah 600kWh (kebanyakan B40 layak). |
Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) | Pemeriksaan kesihatan percuma, saringan kanser, alat perubatan & rawatan susulan B40. |
Bantuan Sewa Rumah PPR | Sewa rumah PPR kadar rendah khusus untuk B40. |
Program MySalam | Perlindungan takaful percuma untuk B40 yang menghidap penyakit kritikal. |
Program Kasih Suri KWSP | Caruman sukarela KWSP dengan insentif untuk suri rumah B40 berdaftar eKasih. |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut, sila rujuk:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline LHDN: 1-800-88-2747
- Hotline Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 4566