Student Portal UiTM | Kepada mana – mana pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), cikyaya.my akan kongsikan kepada anda mengenai pengambilan UiTM dan lain – lain perkara.
Universiti Teknolgi MARA (UiTM)
Bagi permohanan untuk kemasukan ke UiTM bagi sesi 2 untuk tahun 2019/2020 akan dibuka pada 8 Julai 2019. Permohonan ini dibuka kepada calon – calon lepasan SPM dan setaraf bagi Bumiputera Warganegara Malaysia yang layak.
Bagi permohonan sesi 2 2019/2020 ke UiTM, hanya dibuka bagi tiga jenis pengajian iaitu :
- Program Asasi Undang-Undang UiTM
- Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243)
- 74 buah Program Diploma
Manakala bagi lepasan STPM dan setaraf akan dibuka pada 30 September 2019. Selain UiTM, universiti awam yang lain juga membuat pengambilan kedua seperti UUM, UMK, UMP, UTHM, UTM, UPSI dan UIAM.
Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Kemasukan Februari 2020 (Ijazah Sarjana Muda)
Dibawah ini merupakan maklumat penting bagi permohonan UiTM ambilan kedua Februari 2020 bagi lepasan STPM dan setaraf.
MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN AMBILAN KEDUA UiTM FEBRUARI 2020 SARJANA MUDA
- Tarikh Buka : 30 September 2019
- Tarikh Tutup : 4 November 2019
*Nota : Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa melayari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM untuk mendapatkan maklumat terkini
Cara Membuat Permohonan UiTM Secara Online
Dibawah ini adalah langkah – langkah untuk memohon kemasukan UiTM bagi sesi 2 2019/2020 secara atas talian (online) :
- Pemohon perlu memohon bermula 30 September 2019 melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM di Aplikasi Permohonan Online UiTM
- Pemohon dinasihatkan supaya menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon terlebih dahulu di Selangkah at UiTM pada pautan http://www.selangkah.uitm.edu.my
- Pemohon perlu membeli No. unik ID melalui Bank Simpanan Nasional. Pembelian slip perlu menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ MyBSN/ SMSBanking atau Mesin ATM.
Syarat Kemasukan UiTM
Dibawah ini merupakan syarat – syarat untuk memohon kemasukan ke UiTM :
- Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Orang Asli Semenanjung Malaysia/ Anak Negeri Sarawak/Anak Negeri Sabah Sahaja
- Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
- Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
- Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar pra diploma UiTM
Program UiTM Ambilan Februari 2020 Yang Ditawarkan
Dibawah ini adalah senarai kursus program pengajian yang ditawarkan bagi pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2018-2019 :
- Sarjana Muda – 133 program : Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ ASASI UiTM & ASASI SAINS UM/ DIPLOMA UiTM/ KKB UiTM/ DIPLOMA IPT LAIN
- Penerapan – 133 program : Semester akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke SarjanaMuda UiTM dan Semester akhir asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda UiTM
- Profesional : 6 Program
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan, anda boleh melayari https://online.uitm.edu.my/
Nota Penting Permohonan UiTM
Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-
- Isi maklumat dengan betul dan tepat pada borang permohonan UiTM anda
- Isi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
- Sila buat semakan dengan teliti borang permohonan UiTM
- Klik butang (Sah & Hantar) untuk menghantar borang permohonan
- Cetak borang permohonan UiTM anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem
Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan :-
- Sila semak semula Borang Permohonan UiTM anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
- KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
- Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti permohonan
NOTA: Info mengenai kemasukan sesi 2 UiTM ambilan 2019/2020 (Lepasan STPM/Setaraf akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan
Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Kemasukan Januari 2020 (Lepasan SPM/Setaraf)
Berikut adalah maklumat permohonan sesi 2 2019/2020 ke UiTM kemasukan Januari 2020 untuk lepasan SPM/ setaraf.
- Tarikh Buka : 7 Julai 2019
- Tarikh Tutup : 26 Ogos 2019
PERMOHONAN UiTM AMBILAN JANUARI 2020 (DIPLOMA)
Dibawah ini adalah maklumat penting mengenai Permohonan UiTM bagi sesi 2 2019/2020 secara atas talian (online) bagi kemasukan Januari 2019 untuk pengajian Diploma.
- Tarikh Permohonan UiTM Sesi 2 2019-2020 (Ambilan Kedua Lepasan SPM)
Program UiTM Ambilan Januari 2020 Yang Ditawarkan
Dibawah ini adalah senarai kursus program pengajian yang ada ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2019-2020:-
- Asasi undang-undang UiTM
- Program Diploma
- Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni bina (AP243)
Program Pengajian yang ditawarkan adalah mengikut kategori pemohon adalah seperti berikut :-
A. Lepasan SPM/ Setaraf
- 74 Program Diploma
- 1 Program Asasi Undang-Undang UiTM
- 1 Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243)
B. Penerapan
- Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains UiTM
- Pra Diploma Sains KKB UiTM (CGPA 3.50 ke atas sahaja)
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ambilan 2 bagi sesi 2019 – 2020, anda boleh merujuk pada pautan berikut :-
- Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
- Unit Sarjana Muda : 03-5544 3195/ 2798/ 3198/ 3277
- Unit Diploma & Profesional : 03-5544 3194/ 8067/ 3196
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat permohonan bagi kemasukan ke UiTM. Diucapkan selamat berjaya!
{ 4 comments… read them below or add one }
933937 798864You produced some decent points there. I looked on-line for any difficulty and located most individuals will go in conjunction with together with your web site. 147282
I simply could not leave your web site prior to suggesting that I really enjoyed the standard info an individual provide on your visitors? Is going to be back incessantly to inspect new posts.
I just could not leave your site prior to suggesting that I really loved the standard info a person provide to your guests? Is going to be again steadily to check out new posts.
I simply could not go away your web site prior to suggesting that I really enjoyed the usual info an individual supply for your guests? Is going to be back often to check up on new posts.
{ 24 trackbacks }